Sehari bersama Legoland 5th Brick-versary

Sehari bersama Legoland 5th Brick-versary

Okeh sebelum saya bermula anda yang ada kelapangan dan juga lebihan belanja boleh lah membeli tiket pass setahun dengan harga sehari

Mungkin kalau terlepas untuk tahun ini , anda boleh periksa pada tahun – tahun yang mendatang sekitar 24 ogos sehingga 30 september.

Keriangan kami sekeluarga bermula seawal bangun subuh lah, Anak – anak bergitu teruja apabila pagi itu juga baru kami beritahu , hari ini kita akan ke satu tempat keriangan yang istimewa untuk mereka.

Langkah pertama saya minta mereka sediakan sendiri pakaian mandi dan kami pula sibuk mengurus persiapan si kecik .

Oleh kerana kami hanya ada bag tarik (laugage) makanya bag latop menjadi mangsa untuk kami angkut susu dan keperluan baby.

Kami bertolak seawal jam 9pagi Dan sarapan di warung kegemaran yang biasa menyediakan menu Roti Canai dan Nasi lemak.

Walaupun Antara Pasir gudang dan Nusajaya boleh diangap jarak nya agak jauh , Tapi disebabkan jaringan jalan raya yang baik. 30miinit je kami dah sampai …Untung tidak jem.

Oh ya untuk warga tempatan saya syorkan anda berlibur selain hari Jumaat. Ini penting disebabkan anda memang tidak dikira musafir. Dan solat jumaat harus didirikan tanpa sebarang alasan hihihi.

Lainlah jika anda beli tiket untuk water park bergabung dengan theme park. Lepas puas mandi boleh lah keluar sekejap untuk solat jumaat.

Okeh untuk anda yang baru first time datang ke Johor bahru anda boleh gunakan laluan jalan menuju ke NusaJaya.

Dari johor Bahru nampak sahaja hotel tune belok kiri… Dan terus sahaja sehingga menampakan signboard LEGOLAND.

Seawal jam 10 pagi kami sudah menerima tiket untuk masuk ke theme dan water park. … Ada berberapa rakan – rakan blogger JDT telah siap menunggu.

Untuk program sebelah pagi , Saya memilih untuk masuk ke waterpark dahulu , Takut petang hujan akan turun dan kami leka di theme park.

Oh ya untuk kanak – kanak dibawah usia 3tahun free, Tetapi masih perlu membayar RM11 ringgit untuk memasuki water park.

RM11 untuk sekeping tiket dan dua keping pampers.

Di water park anda boleh mandi sepuas – puasnya dengan boya dan jaket keselamatn percuma. Pakai jer yang ada.

Maaf untuk waterpark saya tiada gambar sebenar anda boleh sahaja celok gambar dari website LEGOLAND disebabkan phone dan lain – lain saya simpan didalam locker. hihihi

Keluar dari water park lebih kurang 12lebih terus je menuju KFC sebagai santapan tengah hari.

Alasanya cepat mudah dan kalau tak habis boleh sahaja tapau seketul dua ayam kedalam .

Masuk sahaja kami terus menuju kesurau pada kedudukan arah sebelah kiri pintu masuk.

Ambil peluang bergambar dengan maskot LEGOLAND

Ambil peluang bergambar dengan maskot LEGOLAND

Dan selepas solat dan bergambar dengan rakan JDT BLOGGER kami terus sahaja menuju stesyen kereta api. Dan nasib kami baik apabila Ninjago Live Show baru sahaja nak bermula.

Aksi ninja go live

Selepas Ninjago Live Show barulah naik kereta api , Ninja GO dan berberapa tempat menarik lain seperti 4D movie, Menara kawalan dan juga The Kingdom .

permandangan dari menara LEGOLAND

Pandangan dari Menara Legoland

Jujur untuk kedua – dua tempat Water dan theme park kita memerlukan lebih masa untuk merasai keriangannya.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG