Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum. Semoga kita semangkin diberkati , diberi rezeki yang melimpah – limpah dan diampuni untuk segala tingkah laku yang kita lakukan.
16 mei setiap tahun pasti kita akan mengucapkan “Selamat Hari Guru” Ya aku akan ucapkan hari guru pada semua guru yang pernah mengajar, mendidik dan sekali gus mendenda aku sewaktu alam persekolahan dulu.

Cikgu sekolah sahaja ? habis tu cikgu tadika dan tenaga pengajar dekat tempat pengajian tak nak ucap? Konfius juga aku, macam mana nak ucap juga ke tak ni? kalau dikira macam itu cikgu yang mengajar aku memang ramai. Pelbagai bidang  dan kepakaran yang meraka telah ajar, ada yang mengajar aku macam mana nak kasi motor kapchai standard laju 110 pergi ke 160 , ada  yang mengajar aku bagaimana caranya nak mengorat gadis – gadis yang manis dan ada juga yang mengajar aku masak air yang super sedap. Hanya guru silat yang mampu mengajar jurus ilmu pati geni sahaja yang belum pernah aku ketemu. Hehe

Pada aku tidak kira ilmu apa yang pernah diturunkan kepada aku itu semua aku angap sebagai guru.

Bagaimana pula ya trend sambutan hari guru masa kini ?

Oleh kerana anak – anak sudah mula masuk kealam persekolahan nampaknya aku kena lah buat last minute shoping hadiah hari guru. Malam tadi dengan cuaca yang agak bagus , jika ditempat tidur dalam renyai – renyai hujan pengantin aku gagahkan juga keluar untuk mencari – cari apa barang yang aku patut beli untuk hari guru. Zaman aku mana ada fikir nak kasi – kasi hadiah kalau cikgu paksa juga,lelaki aku akan buatkan rokok paip dari buluh dan biji pinang kalau perempuan  aku hadiahkan kain batik mak aku, Rotan aku kasi sorok hehe. Mujurlah guru – guru zaman aku tak berapa ambil pusing dengan cenderahati yang akan diterima, jika ada, terima tak ada nak buat macam mana bukannya ada kedai RM2 zaman dulukala,

Maaf ya guru – guru bukan niat saya nak mengata tapi mengikut pengalaman rakan – rakan aku yang lebih senior anak – anak zaman ini jika melihat rakan sekelas ada yang memberi pastinya mereka rasa rendah diri dan dalam hati mereka merasa cikgu akan kurang sayang terhadap mereka kerana tidak ada apa yang hendak diberi. Takut – takut meraka akan berkata cikgu saya ada RM1 boleh saya beri untuk hadiah cikgu. haha sampai kesini pula pemikiran meraka untuk mengambil perhatian guru – guru kesayangan mereka.

Tapi aku percaya takde cikgu yang mengharapkan anak – anak murid membebankan diri sendiri semata – mata untuk membelikan hadiah di hari guru ini. Pasti agenda utama meraka adalah untuk melihat anak – anak didik mereka menjadi insan yang cemerlang, terbilang berjaya di dunia dan berjaya di Akhirat Inshaa Allah.


Credit : markmiez.blogspot

Yeah sekali lagi aku ucapkan Selamat Hari Guru 

GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

10 Comments

  1. boni ultra kacak May 16, 2013
  2. pipoq
    Twitter:
    May 16, 2013
  3. Hafizul
    Twitter:
    May 16, 2013
  4. auc
    Twitter:
    May 16, 2013
  5. titan
    Twitter:
    May 16, 2013
  6. TehR
    Twitter:
    May 16, 2013
  7. Hazmin Hamudin May 16, 2013
  8. Khairul Zamri
    Twitter:
    May 16, 2013
  9. suri May 17, 2013
  10. blackrosehunter May 17, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge