Senangnya Sekarang Mencari Wang

Yeah hari ini mood listening to Roxette ,Sekali dengar macam terimbau zaman muda – muda , zaman susah sangat nak cari duit tapi kalau  diberi sekadar RM50 untuk buat belanja sekolah selama sebulan memanglah boleh  carry forward kebulan hadapan.

Zaman ini lah kalau nak beli kaset kena kongsi berberapa orang untuk sebuah album yang tengah hot dipasaran , pastu pakat – pakat lah beli kaset kosong atau kaset lagu yang tak best untuk merakam kaset original yang dikongsi tersebut.  -Pergh kenapa lah dulu takde Internet kalau tak kan dah selamat duit.

Zaman – zaman lagu Fiona 4U2C yang dirasakan geli didengar ,Lagu – lagu daripada band seperti Iron Maiden,Cromox mahupun yang terbaru sedikit seperti Ugly Kid Joe telah menjadi kegilaan kami walaupun habuk satu persatu lirik yang dimainkan tidak dapat difahami . Tapi takpe yang penting sedap didengar  takdelah ala –ala menari lap lantai.

Berbalik kepada kesah bagai mana RM50 boleh bertahan sehingga  sebulan. Kebiasaan sebelum pergi  sekolah pagi tu sarapan lah kenyang – kenyang walaupun hanya nasi sejuk + telur mata + kicap aku rasa ini adalah menu yang sangat best. Rehat pukul sepuluh bolehlah lepak – lepak sambil membuat perancangan kerja part time apa yang boleh dapat. Dah waktu balik sekolah lah baru kita perkena cendol yang aku rasa waktu itu cukup murah 30sen untuk segelas dicampur dengan kueh muih sekitar 10sen sebiji. Zaman sekarang tak dapat bhai.

Kenapa aku sebut kerja part time apa yang boleh dapat. Ya kalau nak diikutkan dahulu orang kampong memanglah kebanyakannya hanya berkerja kebun dan mereka akan mengusahakan bersama keluarga sendiri. Ini bermakna peluang untuk orang lain mengambil upah tersangat lah nipis kecuali tuan punya kebun itu seorang guru atau ketua kampong yang  anak nya adalah rakan baik kita.

Yeah zaman persekolahan dulu memang agak susah nak mencari sumber kewangan selain daripada wang saku yang diberi oleh orang tua kita. Even time aku mula kerja pun opsyen untuk kerja sambilan hanyalah daripada rangkaian makanan segera.  Mula pukul 6 habis sehingga 12 Tengah Malam  pergh  boleh tahan juga penatnya bermain dengan api dapur.

Zaman sekarang !

Khidmat Yang Boleh Buat Duit Dari Rumah

Bergitu mudah mencari duit , Lebih – lebih lagi dari rumah dengan hanya perlu meyiarkan iklan dilaman media social kita senang – senang sahaja mendapat 20sen sekali orang klik.  Lebih lagi dengan macam – macam program pemasaran yang boleh disertai buat berberapa artikel untuk promosi boleh pakai berkali – kali jika ada yang benar – benar meinginkanya.

Dan salah satu yang macam biasa aku buat ialah dengan mempromosikan Jobdirumah walaupun kekadang taklah secara nyata tetapi mungkin ini adalah salah  satu perkerjaan separuh masa  yang paling mudah dibuat khususnya daripada Rumah.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

11 Comments

  1. sabree hussin November 21, 2013
  2. papa mifz November 21, 2013
  3. titan
    Twitter:
    November 21, 2013
  4. Hairul Hissam November 21, 2013
  5. Bahrain November 21, 2013
  6. Mohd Shubhi
    Twitter:
    November 21, 2013
  7. Pendidik2u November 21, 2013
  8. Aku Penghibur
    Twitter:
    November 25, 2013
  9. Fadhil Husin
    Twitter:
    November 25, 2013
  10. cik tom November 26, 2013
  11. Hafizul
    Twitter:
    December 3, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge