Senarai Kelengkapan Haji

Assalamualaikum, Musim haji semangkin dekat dan saya rasa ramai yang telah bersiap sedia dengan segala kelengkapan ketanah suci.

Disini saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang perlu dibawa untuk para jemaah kesana walaupun sewaktu kursus ramai yang telah menerima senarai keperluan haji.

Namun bergitu saya juga ingin berkongsi atas apa pengalaman saya yang patut dibawa kesana.

Dalam bab jumlah pakaian itu kita hanya diberi garis panduan namun bergitu jika tahap kesihatan dan kerajinan kita memuaskan anda boleh juga mengurangkan jumlah yang perlu dibawa, dan saya lihat disana kebanyakan jemaah diwaktu siang memang banyak masa yang boleh dilakukan seperti membasuh sekadar mengonyoh – gonyoh untuk menghilangkan habuk dan daki jika ada.

Jika malas sekalipun pakaian yang tidak berbasuh pun tidak ada mengeluarkan bau hapak. Seperti juga kerepek kentang yang dibuka tidak perlu disimpan di tipuware bagi mengekalkan kerangupanya.

Selain daripada pakaian untuk keperluan haji anda juga digalak membawa hanger ,cable Tie dan juga tali bagi menyidai pakaian anda.

Dibawah ini saya ada juga menyenaraikan kelengkapan haji yang perlu dibawa mengikut risalah yang biasa diterima oleh bakal haji , namun bergitu pada bahagian lelaki dan keperluan am saya ada mengulas sedikit tentang keperluan tersebut.

Senarai Kelengkapan Haji

1) KELENGKAPAN WANITA

TELEKUNG : 3 PASANG
SET BAJU IHRAM (TERMASUK :
JUBAH SEPASANG, MINI TELEKUNG,
SARUNG LENGAN, UNCANG BATU,
PENUTUP HIDUNG) : 1 SET
JUBAH : 2 HELAI
MINI TELEKUNG : 2 HELAI
JUBAH SEPASANG : 2 PASANG
SARUNG TANGAN : 2 PASANG
SARUNG LENGAN : 2 PASANG
SARUNG KAKI : 3 PASANG
STOKIN (WUDU’, IBU JARI, BIASA) : 3 PASANG
KASUT TAWAF / SA’I : 2 PASANG
TUDUNG LABUH : 2 HELAI
T-SHIRT BERKOCEK ZIP LENGAN PANJANG : 2 HELAI
KAIN BATIK : 2 HELAI
ANAK TUDUNG : 3 HELAI
LABEL MALAYSIA UNTUK TELEKUNG / TUDUNG : 3 HELAI

2) KELENGKAPAN LELAKI

KAIN IHRAM : 2 PASANG
TALI PINGGANG HAJI : 1 UTAS
T-SHIRT BERKOCEK ZIP : 3 HELAI
JUBAH : 2 HELAI Bergantung kepada kerajinan anda untuk membasuhnya disana ada juga dijual secara bundel dengan angaran 10rial dan hanya perlu bawa jarum dan benang dan basuh sebelum memakainya.
BAJU MELAYU : 2
BAJU KURTA : 2
KOPIAH : 2 BUAH
KAIN PELIKAT : 2 HELAI
SELUAR : 2 HELAI
SERBAN : Sehelai Boleh Beli Disana

3) KELENGKAPAN AM

BANTAL KECIL / BANTAL ANGIN : Sangat perlu jika anda suka pakai lebih bantal dan sangat berguna diArafah dan Mina.
UNCANG BATU / KASUT : 1 BUAH
ALAT PENGIRA ZIKIR : 1 BUAH (Boleh beli disana)
STOKIN : 3 PASANG
GUNTING KECIL : 1 BUAH (Sangat perlu untuk bertahlul walaupun anda boleh membelinya disana)
BUKU PANDUAN HAJI / UMRAH : 1 BUAH
SEJADAH BEG : 1 BUAH
AL-QURAN BEG : 1 BUAH (Jika mahu boleh beli disana,Hanya perlu bawa salinan doa khatam Al-Quraan)
BUKU DOA BERTALI : 1 BUAH
BUKU PANDUAN SOLAT : 1 BUAH
TASBIH TAWAF : 1 UTAS (Hanya cadangan sahaja)
TUALA : 1 HELAI saya rasa anda perlu juga membawa tuala tangan.
PELEMBAB BIBIR/TAPAK KAKI DAN SEBAGAINYA : 1 BUAH
GUNTING KECIL : 1 BUAH
JARING BEG : 1 BUAH
SELIPAR : Sepasang yang lembut selain daripada yang dipakai
MUG TUPPURWARE BESAR/SUDU : sangat berguna sewaktu di arafah dan mina untuk membuat air dan mee segera.

Ops Bag Besar pilih yang baik sikit supaya tak lah patah rodanya nanti..

Nak survey bag dan harga boleh lihat dari sini : –  Survey Luggage

Dan dari saya anda boleh juga memenuhkan luggage anda dengan gula sekurangnya 3kg,Kopi kampung 1kg (jika tidak suka kopi arabic) dan susu pekat 6tin dan jangan lupa jug plastik bagi menyediakan air sewaktu pagi atau petang untuk teman – teman sebilik. Dengan dakyah saya disana roti sangat murah tetapi susu dan gula agak mahal. Ops sebelum saya terlupa anda juga digalakan membawa sendiri ubat batuk yang paling serasi dengan anda sebagai persediaan,walaupun pihak tabung haji ada menyediakanya.
Dan bagi yang ingin membawa mee segera anda memang boleh membawa jenama meggi jika anda kisah dengan jenama indomee..

Akhir kata dari saya kepada semua Bakal Jemaah Haji semoga mendapat Haji yang Mabrur InshaAllah.

Untuk anda yang mahu membeli buku panduan haji , boleh juga mendapatkanya dari – BookCafe

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

7 Comments

  1. AUC
    Twitter:
    August 24, 2013
  2. Khairul Zamri
    Twitter:
    August 24, 2013
  3. muja
    Twitter:
    August 25, 2013
  4. shahfir August 26, 2013
  5. Rina August 26, 2013
  6. hashim August 31, 2013
  7. De Pearle Connection November 10, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Daftar emel dan langgani newsletter dari blog Onlajer.com secara percuma untuk Tips,panduan produk Elektrik dan informasi terkini.

You have Successfully Subscribed!

%d bloggers like this: