Senarai Kelengkapan Ibadah Haji dan Umrah

0
441

Alhamdulillah, Masuk sahaja penghujung syawal maka adalah sebilangan dari kita ini akan menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah.

Persiapan mental dan fizikal perlu dibuat selengkapnya bagi memastikan keselesaan serta kelancaran perjalanan Haji dan Umrah.

Di sini akan dikongsikan senarai kelengkapan ibadah Haji dan Umrah yang anda perlu tahu. Moga ia dapat menjadi panduan dan checklist anda sebelum berangkat ke Tanah Suci.

  • Kain ihram dan aksesori

Kain ihram merupakan kelengkapan paling penting bagi jemaah lelaki. Anda disarankan untuk membawa sekurang-kurang nya 2 set kain ihram iaitu 2 helai kain atas dan 2 helai kain bawah. Dengan ada nya 2 set kain ihram, mudah bagi anda untuk tukar ganti dan membasuh kain ihram.

Saranan saya ambil satu set tebal dan satu set Nipis, Biasanya yang nipas kita pakai untuk bahagian atas , yang tebal untuk bahagian bawah.

Jika sudah berkain ihram, Memang Wajiblah memakai tali pingang supaya selesa dan kemas.

  • Telekung dan mini telekung

Bagi jemaah wanita pula, sudah pasti telekung menjadi keutamaan anda. Jemaah wanita disarankan untuk membawa beberapa pasang telekung, samada telekung penuh atau mini telekung. Telekung penuh dapat memberi keselesaan ketika beribadah di masjid, manakala mini telekung pula dapat memudahkan anda ketika dalam perjalanan.

  • Sejadah

Cadangan sahaja,
Disarankan untuk membawa sejadah yang bersaiz kecil serta ringan. Jika tak nak bawa boleh sahaja beli disana. Beli apa bila rasa ada keperluan nya.

  • Botol spray wudhu’

Jujur dalam flight dan di arafah serta mina memang memudahkan anda.

  • Pakaian yang bersesuaian

Bawa lah pakaian yang sesuai dipakai ketika anda tidak berihram (bagi lelaki). Anda boleh memakai jubbah, kurta atau baju melayu. Bagi jemaah wanita pula, anda boleh bawa jubah penuh atau jubah seluar mengikut keselesaan anda. Selain itu, jemaah (lelaki dan wanita) juga digalakkan untuk memakai t-shirt berpoket di dalam baju. Ia berfungsi sebagai singlet biasa, tetapi dengan poket bagi memudahkan anda menyimpan barang berharga seperti telefon bimbit dan wang semasa beribadah. Bawa juga baju sejuk jika perlu.

  • Uncang untuk batu melontar

Uncang ini bagi mengisi batu untuk melontar di Jamrah.

  • Uncang untuk simpan kasut

Uncang ini untuk menyimpan kasut semasa di masjid. Dengan adanya uncang anda boleh lah bawa kemana sahaja kasut anda.

Saya sarankan anda bawa sepasang selipar spare untuk langkah berjaga-jaga.
Mana lah tahu dekat sana terputus atau terhilang. Pengalaman saya selipar murah disana tidak menepati cita rasa kita disini.

  • Label beg dan telekung

Label beg ini bertujuan untuk mengenalpasti beg anda sekiranya hilang di lapangan terbang. Manakala label telekung pula bagi memudahkan pihak pengurusan mengenalpasti jemaah Haji Malaysia jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

  • Ubat-ubatan dan keperluan kesihatan

Jangan lupa untuk siapkan keperluan lain seperti keperluan mandi dan ubat-ubatan. Sepanjang di Tanah Suci, anda perlu menjaga kebersihan dan kesihatan diri untuk menjalankan ibadah dengan baik. Cuaca di sana sangat berbeza dibandingkan dengan Malaysia. Udaranya yang kering boleh menyebabkan kulit anda kering dan merekah. Anda digalakkan untuk membawa set penjagaan kulit tanpa wangian seperti pelembap kulit, lip balm dan heel balm.

Saya sarankan anda bawa lah ubat batuk sendiri dari sini. Gula – gula seperti strepsil. Kemunkinan walaupun disana banyak farmasi, tetapi takut tidak serasi ubat – ubat anda dari sini.

Manakala untuk yang badan berisi, saya sarankan sebelum buat tawaf atau saie. Sapulah sedikit losen pada kedua belah peha supaya tidak melecet, disebabkan banyak melakukan pergerakan..

  • Buku doa

Bukan mudah untuk menghafal semua doa serta dzikir. Jadi, bawa lah buku doa kecil bersama anda sebagai panduan sepanjang anda menunaikan ibadah Haji dan Umrah.

  • Ratio tambahan seperti maggi, gula , susu mahupun kopi digalak membawanya. Sediakan sekali jug plasti dan mug besar untuk kemudahan anda disana. Disamping dapatlah anda menjamu rakan – rakan sebilik anda pada masa sengang.

Bawa juga soket universal , biasanya adalah sponser yang akan memberi cenderehati seperti ini.

Jangan lupa pula bawa extension wire sebilik biasanya 4 orang, dah semestinya semua ada gadget ataupun phone untuk di cas, tak bergitu.

  1. Jika belum ada bag , sila beli jenis baldu atau kain yang saya rasa agak flexible untuk anda bawa. Disana beg anda akan bertindah antara satu sama lain disebabkan ramainya jemaah anda disana.
  2. Apa – apa perkara asas yang lain boleh sahaja anda beli dari sana. Disebabkan disana banyaknya shoping complex dan juga kedai – kedai ala RM2 disini..

Semoga dengan perkongsian saya dapat memudahkan anda untuk membuat ibadah disana. Dan saya doakan anda yang menjadi tetamu Allah akan mendapat Haji yang Mabrur, Insha Allah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here