Siapakah 10 Golongan Yang Akan Masuk Syurga Tanpa Hisab?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebaik-baik golongan di hari akhirat nanti adalah mereka yang dimasukkan ke syurga dengan rahmat Allah SWT samaada sebelum hisab atau selepas hisab.

Terdapat 70,000 umat Muhammad SAW yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbodohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah SWT dan menghindarkan diri daripada maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.(Hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik(Hadis riwayat Jabir)

5. Penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa(Hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-Ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.(Hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”(Hadis sumber daripada A’isyah r.ha)

8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat(Hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya(Hadis marfu’ riwayat Hakim dan at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah(Hadis riwayat Ibn Mas’ud r.a)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita perbanyakkan amal ibadah, amal soleh dan kerja-kerja kebajikan dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Berdoalah semoga kita semua dimaksukan ke dalam syurga oleh Allah SWT tanpa hisab.

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’ berkata : “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

Dari Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Kredit:
http://www.facebook.com/notes/makmum-sundari/siapakah-10-golongan-yang-akan-masuk-syurga-tanpa-hisab/345230855584640

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

13 Comments

  1. onlajerc
    Twitter:
    December 27, 2012
  2. boni kacak December 27, 2012
  3. anif
    Twitter:
    December 27, 2012
  4. Nadot December 28, 2012
  5. ohcikgu
    Twitter:
    December 28, 2012
  6. WRizuan
    Twitter:
    December 28, 2012
  7. cik tom December 29, 2012
    • onlajerc
      Twitter:
      December 31, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge