Side Income!

Pada Rabu yang lepas aku ada membuat satu post Wordless Wednesday DB yang terngaga, Ada 20 komentar yang diberikan oleh rakan – rakan termasuk juga aku tentang apa yang nak disampaikan pada  Wordless wednesday aku itu sikit bukan?. Tapi takpelah aku percaya tak ramai sangat blogger Malaysia ini yang membuat entri yang berkaitan elektrik ,yang aku kenal seorang ,rasanya anak dara dan selebihnya tak kenal dan ramai yang sudah tidak aktif lagi untuk bercerita tentang elektrik atau sewaktu dengan nya.

Berbalik dengan gambar ww itu aku hanya nak memberi sedikit ulasan tentang keadaan DB yang sepatutnya tertutup dibiarkan terbuka atau terlopong yang aku rasa ini sungguh bahaya lebih – lebih lagi DB ini terletak disebuah Restoran 24jam yang for sure time bola pastinya Full house dengan kehadiran pelangan yang bermodalkan segelas air dan sekeping roti canai.

Teguran onlajer untuk pemilik premis berkenan ialah silalah pangil kontraktor elektrik yang menyelengara perkakas elektrik anda untuk membuat penutupnya supaya keselamatan pelangan yang berada diRestoran anda malahan yang duduk dimeja yang paling hampir dengan papan agihan itu tidak terkena spark atau letusan api apa bila berlaku litar pintas atau berlakunya lebihan bekalan kuasa.

2013-06-11 17.20.40

Jangan lah hanya fikirkan keuntungan semata – mata tanpa memikirkan keselamatan para pelangan mahupun pekerja yang berada dipremis perniagaan anda, Saya sendiri boleh menafsirkan kos yang patut dikeluarkan untuk memasang penutup papan agihan ini, tak sampai RM200 jika hendak  anda boleh pergi mana – mana kontraktor elektrik dan meminta mereka menghasilkan penutup ini tak sampai sehari sudah siap. Dengan mitos dari onlajer jika hendak lebih murah anda boleh pergi meminta bantuan dengan pekerja kontraktor itu dengan memberi job itu terus kepada mereka sebagai Side income .

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

15 Comments

  1. Mohd Shubhi
    Twitter:
    September 17, 2013
  2. Mohd Azuan
    Twitter:
    September 17, 2013
  3. titan
    Twitter:
    September 17, 2013
  4. Irwan Alessa
    Twitter:
    September 17, 2013
  5. azwan September 17, 2013
  6. Hazmin Hamudin September 17, 2013
  7. Mak Lagenda September 17, 2013
  8. blogger lelaki
    Twitter:
    September 17, 2013
  9. encikarman
    Twitter:
    September 17, 2013
  10. pahan September 17, 2013
  11. iqbal September 17, 2013
  12. Zuan September 17, 2013
  13. Bahrain September 18, 2013
  14. TehR
    Twitter:
    September 18, 2013
  15. hafiz
    Twitter:
    September 18, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge