Sila Tapis Kartun Anak Anda

Semalam aku lepak rumah brader aku hantar mak jalan – jalan , Oleh kerana satu – satu nya aktivi yang aku boleh buat dekat rumah brader aku ialah menonton tv, aku layan sahaja lah maklumlah rumah aku hanya pakai astro njoi jadi chanel tak banyaklah. Hanya basic je nak lebih kena bayar. Berbeza dengan rumah brader aku 1oo sampai 8oo agak chanelnya tapi yang penting semua ada movie ada,national geographic ada, sukan ada, kartun ada pokok pangkal macam – macam ada.

main_animax

Mungkin oleh kerana aku suka tengok cerita kartun, Animax adalah saluran yang tepat bagi aku . Bagi aku siri kartun senang nak hadam. Sedikit sebanyak aku boleh tapis apa yang anak kita boleh tonton atau tidak.

Jika tidak silap pada waktu itu aku menonton siri anime Inuyasha , mungkin jika menonton tanpa tumpuan apa yang dipaparkan kita tidak akan perasan, tetapi mana mungkin adegan pertarungan akan dilepaskan lebih – lebih lagi kita mesti suka tengok kuasa yang digunakan pada babak tersebut. Pada babak yang saya lihat Perempuan lipan menyerang seorang budak dengan paparan kaki lipan badan manusia yang langsung tidak memakai apa – apa pakaian. Pastinya kau faham maksud aku kan..

Aku tidak tahulah jika Astro punyai authoriti untuk menayangkan siri tanpa tapisan, tapi sebagai ketua keluarga aku memang berhak untuk tapis apa yang patut ditonton oleh keluarga. Dah terlanjur aku tulis bab kartun ini, aku ada juga menonton siri BEN 10 Alien Force. Apa yang aku nak kata ialah pada pada penghujung siri musim pertama mereka menyamakan BEN10 seperti Nuh penyelamat dunia. Nasiblah anak aku tak perasan dialog yang diucapkan kalau perasan, banyak juga hujah aku untuk membetulkanya.

Sedikit contoh daripada aku mungkin diluar sana banyak lagi siri kartun yang tidak patut disiarkan tapi telah terlepas siaranya di telivision yang percuma atau berbayar.Malah saya sendiri pernah menonton siri anime yang banyak adegan blood dan gore di atas talian.

kesimpulanya ialah siri kartun zaman sekarang perlu dilabel sama ada 18SX ,SG atau PL. Kartun zaman sekarang tidak sama seperti zaman poopye atau road runner perlu ada pantuan daripada ibu bapa.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

7 Comments

  1. Thaqib Zaki
    Twitter:
    April 8, 2014
  2. Hafizul
    Twitter:
    April 8, 2014
  3. Abdur April 8, 2014
  4. maza April 9, 2014
  5. titan
    Twitter:
    April 9, 2014
  6. Mohd Adib April 10, 2014
  7. Ismail N
    Twitter:
    April 12, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge