Sirap Limau Blog Orang Dewasa

Terus – terang, Saya sebenarnya tidak berapa nak suka mengikuti contest yang berkonsep review. Faktor utamanya ialah, susah nak menang. Mungkin faktor usia yang dah lama sangat tidak menulis secara bertata bahasa ataupun kurang membaca buku menjadikan ia kelemahan. Tapi oleh kerana saya sudah mula jatuh cinta menulis diblog, dan faktor teguran yang tidak secara langsung oleh blogger yang terdahulu, Saya akur saya perlu meningkat kan lagi mutu penulisan. Mana lah tahu ada yang tertarik sehingga mahu kan khidmat penulisan kita , tidakkah itu namanya rezeki yang bermula daripada usaha.

Sirap Limau.com, pada awalnya saya menyangka bahawasanya laman yang diwujudkan ini akan berkisar tentang blog makanan atau resepi, mahupun tempat – tempat makan yang sedap,murah dan berbaloi untuk dikunjungi. namun bergitu sangkaan saya jatuh meleset, kerana disana hanya menceritakan kesah – kesah rumah tangga, atau pun blog ini boleh dikategorikan untuk bacaan dewasa.

Review Sirap Limau

Di Sirap Limau.com, pemilik laman ini telah mengkategorikan dua pecahan utama –

  • KISAH RUMAH TANGGA
  • KEHAMILAN

KISAH RUMAH TANGGA

Tidak dinafikan, Sikap masyarakat kita suka jaga dalam kain orang. Ada yang sangup membantu, ada yang hanya menjadi pendengar dan ada yang mengeruhkan lagi keadaan.

Untuk Sirap Limau ini, jujurnya saya tidak nampak lagi apa tujuan utama pengasas sirap limau ini. Adakah tujuan utama sirap limau hanyalah untuk mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan, atau mereka ini benar – benar ingin ikhlas membantu pasangan suami isteri untuk membina kebahagian sehingga ke jannah.

Saya mengangap sirap limau ramai dikunjungi oleh masyarakat melayu, khususnya yang beragama Islam. Disini saya menyarankan jika benar apa tangapan saya ini, pihak admin sirap limau perlu banyak melakukan kajian. berikan jawapan pada kesah – kesah yang diutarakan dengan membuat kajian, bertanya kepada yang pakar, tanya pada ustaz beli kitab – kitab hadis. Dan seterusnya memberi sedikit jawapan yang lengkap. Atau jika susah sangat paste kan url dimana mempunyai artikel yang dapat menjawab persoalan tersebut.

KEHAMILAN

Saya juga bukan pakar dalam bidang ini. namun bergitu punyai dua zuriat setakat ini dan ramai anak saudara membuat kan saya sangsi. Adakah sirap limau hanya tahu sedikit sahaja ilmu kehamilan?. Dengan 8 artikel untuk kategori kehamilan ini sebenarnya tidak cukup untuk para pembaca . Anda perlu menambah lagi tentang cerita kehamilan.

Cadangan saya Sirap limau boleh pecahkan kepada tiga kumpulan kecil untuk kehamilan seperti-

  • Dari sudut Agama
  • Sains Dan Perubatan
  • Mitos , Budaya Masyarakat Setempat

Memang banyak yang perlu dilakukan, tetapi apa yang anda akan lakukan nanti pastinya akan mendatangkan keuntungan kedua belah pihak . Dari pembaca dan siraplimau sendiri.
Namun bergitu untuk artikel kategori – kategori tersebut perlulah anda letak bukti mahupun link kepada rujukan artikel anda.

KRITIKAN UNTUK MUKA SIRAP LIMAU

Untuk Theme atau corak saya rasa, tidak perlulah saya ulas lebih lanjut kerana saya percaya ramai blogger – blogger yang hebat disana telah memberikan pandangan profesional mereka.

saya tidak kisah sangat tentang reka bentuk , corak mahupun warna yang ditampilkan.Asalkan keselesaan pelawat untuk mengakses laman sesewang atau blog dipermudahkan. saya juga pernah melakukan kesilapan seperti saya meletakn script untuk pelawat menunggu berberapa saat barulah boleh scroll atau klik apa yang patut, ya saya dihukum dengan kurang pengomen, blog dibuka dan terus ditutup dan macam – macam hal lah. Pada saya isi dan penulisan itu penting untuk menarik lebih ramai lagi pelawat yang setia.

Ya inilah serba sedikit ulasan saya untuk turut serta dalam kontest Review Sirap Limau.

Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan olehย Encik Titanย dan ditaja olehย SirapLimau.com

KIPAS & PENGHAWA DINGIN TERLAJAK LARIS
NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
Peluang Untuk Bekerja Part Time Dari Rumah! Terima bayaran upah lumayan dan bekerja dengan syarikat dari seluruh pelusuk dunia sebagai pekerja part time dari rumah. Info Lanjut -KLIK SINI

22 Comments

  1. titan
    Twitter:
    January 23, 2014
  2. Fadhil
    Twitter:
    January 23, 2014
  3. papa mifz January 23, 2014
  4. Bahrain January 23, 2014
  5. hafiz
    Twitter:
    January 23, 2014
  6. Irwan Alessa
    Twitter:
    January 23, 2014
  7. AUC
    Twitter:
    January 23, 2014
  8. suri January 24, 2014
  9. suri January 24, 2014
  10. onlajer
    Twitter:
    January 24, 2014
  11. muja
    Twitter:
    January 24, 2014
  12. Hafizul
    Twitter:
    January 29, 2014
  13. cik amal
    Twitter:
    January 31, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Daftar emel dan langgani newsletter dari blog Onlajer.com secara percuma untuk informasi terkini.

You have Successfully Subscribed!