Surat Terbuka Untuk Blogger Yang Teringin Nak BUAT DUIT Online

Kalau anda adalah seorang blogger, entri ni memang saya catatkan eksklusif untuk anda.

Sebagai permulaan, jika anda tak pernah lagi atau masih lagi jarang-jarang dapat buat duit secara online, ada beberapa perkara yang saya nak anda buat. Saya harap anda dapat beri kerjasama, sebabnya, benda ni adalah untuk kebaikkan anda jugak.

Mula-mula sekali, tolong buangkan sikap aku menulis ikut suka hati. Aku tulis ikut mood, aku tulis apa-apa je yang aku suka mahupun sikap aku tulis ikut apa yang terlintas kat kepala je.

Sebabnya?

Setelah sekian lama saya bergiat aktif dalam bidang penulisan ni, saya dapati sikap-sikap tersebut sebenarnya lagi banyak datangkan mudarat berbanding kebaikkan.

Dah buang sikap tu dah? Erk cepatnya! Ok la, kita teruskan.

Seterusnya, saya nak anda gantikan dengan sifat atau kaedah yang baru, iaitu kaedah Penulisan Berstrategi. Maksudnya kat sini, aku menulis dengan mengikuti strategi penulisan aku sendiri. Dia ada beza tau kat situ.

Ingat, mempunyai strategi tu sangat penting untuk memastikan anda berjaya buat duit menerusi blog anda.

Setiap blog perlukan trafik. Trafik ini pulak bukanlah sekadar nombor yang tak bawa sebarang maksud, tetapi ia sebenarnya mewakili jumlah manusia yang melayari laman blog anda. Lagi tinggi trafik yang masuk ke blog anda, bermaksud lagi tinggi peluangnya untuk anda buat duit dengan blog.

Walaubagaimanapun, trafik yang masuk ke blog kita ni ada beberapa kategori. Ada yang dalam kategori pembaca setia, subscriber, pelawat, mereka yang tak sengaja masuk ke laman blog kita dan juga spammer.

Dalam ramai-ramai yang saya sebutkan tu pula, ada sebahagiannya yang akan bantu kita buat duit. Jadi, peranan anda adalah target, nak pelawat atau trafik dalam kategori yang mana satu.

Like Warrior For Blogger

Kalau anda serius nak buat duit dengan blogging, seterusnya, anda KENA buat perkara ni.

Tentukan jenis upah yang anda nak

Sebabnya, lain blogger lain cara dia menerima upah atau ganjaran.

1. Dibayar untuk setiap pengunjung

Ini lebih sinonim dengan program pengiklanan. Boleh juga kita ambil contoh nuffnang yang tawarkan iklan yang kita panggil CPUV (cost per unique visitor) Ads.

Maksudnya, setiap unik visitor yang masuk ke blog kita, kita akan dapat bayaran.

Boleh jadi range bayaran yang akan kita terima dalam julat RM0.0001 – RM0.01 untuk satu pelawat. Nak tau angka sebenar kenalah tanya syarikat pengiklanan tu sendiri, itupun kalau mereka nak bagitahu.

2. Dibayar untuk setiap klik.

Contoh iklan dia macam kat bawah ni. Jika anda klik salah satu daripada link dibawah, saya akan menerima bayaran sebanyak RM0.20 daripada advertiser.

 

Setakat hari ini, antara syarikat yang popular yang tawarkan iklan dalam bentuk macam ni ialah LYNK.MY dan juga churpchurp. Untuk sertai, tiada sebarang bayaran dikenakan.

3. Dibayar untuk setiap jualan yang terhasil

Contoh yang paling tepat sekali ialah program Affiliate.

Program affiliate ada yang percuma untuk kita sertai, ada juga yang berbayar. Kalau nak sertai yang percuma, boleh ke laman web ashadee.com manakala kalau nak join yang berbayar, joinlah Sistem Jualan PRO.

Klik >> Sistem Jualan PRO

Ramai yang mengeluh katanya susah nak dapat income dengan program affiliate. Ya, saya setuju.

Sebabnya, hanya penulis blog yang bijak susun strategi sahaja yang mudah nak hasilkan pendapatan daripada program affiliate.

4. Dibayar untuk setiap iklan yang disiarkan

Jika blog anda memang terbukti ada banyak pelawat, anda boleh tawarkan ruangan pengiklanan.

5. Dibayar untuk setiap artikel yang anda siarkan

Terdapat sesetengah penulis blog yang dah mencapai satu tahap yang sangat membanggakan sehinggakan orang berebut-rebut nak minta blogger tersebut buat review, ulasan atau article write up tentang sesuatu produk atau servis di blog mereka.

Anda tak perlu nak pilih kesemua sekali. Cukuplah pilih satu atau dua kaedah sahaja. Yang penting ialah kualiti, bukan kuantiti semata-mata.

Langkah seterusnya? Bila dah pilih tu, mulakan susun strategi. Buat dengan sebaik-baiknya.

Walaupun reason atau kaedah kita dibayar adalah berlainan, namun, dari segi fundamental ataupun asasnya tetap sama. Kita kena buat artikel. Kita kena buat artikel banyak-banyak dan kita kena promosikan blog kita.

Adakah cara anda selama ini silap?

Secara jujurnya, pada saya tak ada salah atau betul dalam bidang penulisan blog ini. Apa yang penting ialah sama ada matlamat yang kita nak tu dapat kita capai atau sebaliknya.

Jika cara yang anda amalkan selama ini memang sesuai untuk anda dan terbukti berjaya hasilkan pendapatan, maka teruskan. Jika cara anda selama ni masih lagi tetap tak berjaya, ini tandanya dah sampai masanya untuk anda lakukan perubahan.

Berani berubah!

********************************************************************

Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Sabree Hussin. Merupakan seorang penulis blog sepenuh masa dan kini sedang membangunkan sebuah blog yang diberi nama Sistem Jualan PRO Review.

Anda boleh ikuti lain-lain penulisan beliau mengenai Sistem Jualan PRO dengan melayari laman blog beliau iaitu http://jualanproreview.com

********************************************************************

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

11 Comments

  1. Mohd Shubhi
    Twitter:
    November 20, 2013
  2. AUC
    Twitter:
    November 20, 2013
  3. cikgu hailmi November 20, 2013
  4. Si Galah Panjang November 20, 2013
  5. Saljuhumairah
    Twitter:
    November 20, 2013
  6. mizi November 20, 2013
  7. ohcikgu
    Twitter:
    November 21, 2013
  8. Pendidik2u November 21, 2013
  9. hafiz
    Twitter:
    November 21, 2013
  10. Asyrof Asri November 26, 2013
  11. Hafizul
    Twitter:
    December 3, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Langgan Newsletter Kami Secara PERCUMA!

Daftar emel dan langgani newsletter dari blog Onlajer.com secara percuma untuk informasi terkini.

You have Successfully Subscribed!