Terkenang kembali The Titan

Yeah hujung minggu tiba lagi masa nak menghabiskan masa untuk keluarga. dan layan – layan lah filem – filem yang kira macam epic yang boleh berkesan dihati.

Jadi pilihan aku hari ini ialah “Mengenang kembali Titan” yang mengisahkan Boone (Denzel Washington) menjadi jurulatih pasukan football (err bahasa melayu apa ya?) Ragbi? @ Bola kaki. hehe.

Pada tahun 1971 di T. C. Williams High School dimana tahun – tahun inilah sifat – sifat perkauman antara orang kulit putih dan orang kulit hitam tidak boleh duduk semeja. Malahan hendak membeli makanan di restoran pun masyarakat kulit hitam hanya boleh membeli melalui dapur. (untung maa boleh cedok lauk lebih)

Di sekolah pihak kerajaan telah mengarahkan kaum kulit putih dan kaum kulit hitam hadir ke satu sekolah yang sama iaitu TC William dan pencampuran ini telah menjadikan suasana yang tegang dengan sikap mereka yang prejudis terhadap warna kulit. Namun bergitu mereka mempunyai satu minat yang sama iaitu football dimana kapten Gerry Bertier (Kulit putih) Julius Campbell (Kulit hitam) dengan dibimbing oleh Boone disuatu kem sukan cuba untuk menyatukan hati kedua – dua kumpulan dengan mengadakan latihan yang keras sehingga kedua – dua kumpulan mengalah dan berdamai.
Satu babak yang saya rasa tak boleh tahan dimana mereka dipaksa oleh boone belari meredah kedalam hutan seawal pukul 3 pagi dengan menyatakan korang lambat aku tinggal dan kalau sesat korang tak payah nak cari jalan balik. memang mendalam maksudnya itu.

Apabila mereka kembali dari kem latihan dan bercampur dengan masyarakat setempat hati mereka mula goyah dengan isu perkauman dan untuk Boone lembaga pengarah telah memberi amaran jika kalah walau sekali sahaja dia akan dipecat. Disinilah bermulanya keegemilangan Titan dimana dari mula hingga penghujung musim mereka tidak pernah ditewaskan dan disinilah bermulanya penyatuan kaum mula dirasai dengan semangat kesukanan yang mereka tonjolkan.

Pada penghujung musim dimana selepas mereka memenangi perlawanan akhir Gerry Bertier mengajak Julius Campbell keluar untuk berseronok tetapi ditolak oleh Julius dan disinilah berlaku insiden dimana Gerry telah dilangar oleh sebuah lori yang mengakibatkanya lumpuh. Dan semasa Julius melawat di wad Julius di tegur oleh jururawat yang hanya saudara boleh masuk lantas Gerry memarahi jururawat itu yang menyatakan adakah anda buta saya dan dia mempunyai persamaan.

Pada perlawanan kejohohana Gerry telah memberi sokongan padu diwad dan selepas itu dia menyertai olimpik untuk atlit berkerusi roda, Namun bergitu selepas 10 tahun dari insiden dia dilangar dia sekali dilangar oleh pemandu mabuk dimana semua Ahli pasukan titan telah memberi penghormatan yang terakhir di majlis pengembumian gerry Bertier dengan menyanyikan lagu “Ain’t No Mountain High Enough”

Yeah tamat kisah Remember the Titans!

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

6 Comments

  1. Hafizul
    Twitter:
    July 6, 2013
  2. kakiblog July 7, 2013
  3. munir ardi
    Twitter:
    July 7, 2013
  4. Rina July 7, 2013
  5. Terbelog July 8, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge