Tertipu Dengan Console XBOX Ubah Suai

Pergh kawan rasa dalam berberapa minggu ini agak sibuk pula nak menulis.
Kebanyakan yang ada semua draf yang lepas – lepas .

Jadi dikesempatan ini kawan nak cerita sikit lah pasal console XBOX.
Terus terang console Xbox ini adalah salah satu barang yang ingin dibeli tapi tak terbeli – beli.

Kawan rasa console ini macam mahal sangat dan apabila sudah memilikinya , masa untuk mengunakanya amat terbatas.

Lain lah masih Bujang . Komitmen kurang sikit. Tak macam kawan siap buat cerita ajaib pun dah pukul 12 hihih Dan yang lagi bahaya apabila anak – anak sudah mula membesar, takut xbox ini menjadi bahan kecanduan. Sangat bahaya.

Jadi untuk membelinya kawan harus berfikir , berkali – kali bukanya tidak mampu tapi kawan lebih rela anak – anak pergi bermain guli atau bola dengan anak – anak jiran. For sure sebelum maghrib kalau kita pangil mereka akan balik. Kalau syok main game, selagi kita tak off main switch selagi itu lah mereka kata kejap lagi, tak gitu.

Apa pun kalau kita dah buat undang – undang dan mereka patuh , tidak menjadi masalah sila belikan, kalau tak salah saya ada yang kata main game pun boleh tingkatkan IQ budak – budak. Tapi syaratnya jangan berlebihan.

Harga terbaik console xbox

Okeh berbalik dengan kisah XBOX, Rakan sekerja saya ada membelinya pada awal tahun ini, model 360 katanya, harga memang seribu lebih. tetapi beliau berkata yang beliau telah terkena. Beliau mengambil model yang sudah di modify untuk membolehkan “CD pirate” beroperasi, tetapi natijahnya console Xbox beliau tidak boleh updated, tidak boleh bermain dengan internet, tidak boleh bermain dengan komuniti xbox sedunia. Sangat rugi, hanya kerana mahu membeli CD yang murah tetapi beliau tidak boleh update kepada sofware yang baru. Malah untuk membaikinya juga sudah tidak boleh.

Jadi nasihat beliau, belilah Console Xbox yang hanya boleh memaikan CD yang tulin, Tidak diubah suai kerana akan datang anda tidak akan merasa rugi.
Disebabkan CD nya yang mahal anda dinasihatkan untuk mencari kedai yang boleh memberi CD permaianan percuma. Kebiasaanya satu xbox mereka akan memberi percuma satu hingga dua.

Jadi untuk yang mahu survey harga Console XBOX yang sah anda boleh layari pautan XBOX .

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG
*Harga tidak semestinya sama dengan apa yang dipaparkan*

6 Comments

  1. titan
    Twitter:
    December 15, 2015
  2. Suhimi Nain
    Twitter:
    December 15, 2015
  3. Ikhwan
    Twitter:
    December 16, 2015
  4. raihanah December 18, 2015
  5. Wan Zawawi
    Twitter:
    December 21, 2015
  6. azrin December 28, 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge