The Joy of supporting Philips Morris

Semalam aku ada tulis tentang kaedah untuk cepat berhenti merokok, kalau ramai yang membaca pasti akan bertambah ramai akan kondem aku kau tak merokok boleh lah cakap..

Rokok pertama aku adalah rokok bapak aku rokok daun yang aku dan brother aku cucuh dekat pelita minyak tanah dan hisap main – main aku tak ingat lah orang tua aku ada marah ke tak pasal time itu memang aku budak lagi yang aku tahu rasa memang tak sedap langsung belum da feel lagi lah agaknya. masa zaman sekolah rendah aku pun aku ada juga tong – tong dengan kawan – kawan sejiran beli rokok sejuk jenama doral mancis kayu cap lada dengan gula – gula hack warna hitam buat hilang bau lepas hisap rokok. 4 orang kongsi satu kotak 20 batang hisap style nippon abis satu sambung satu pergh rasa seju je dekat bibir tapi time tu masih lagi belum ketagih cuma nak try apa yang best sangat orang hisap rokok nih.

Seingat akulah oficialynya aku hisap rokok time aku umur 14 tahun , satu hari aku balik menumpang kawan aku naik motor singah satu kedai betul – betul dah nak masuk kawasan rumah aku , singah situ belanja lah kawan sepotong buah upah tumpangkan aku , time inilah kawan aku ofer sebatang rokok gudang garam 20 sen je satu aku ambil terus bakar tak fikir – fikir lagi biasalah jiwa muda suka mencuba dan aku rasalah start dari itu aku mula addict dengan nikotin.

Zaman sekolah biasanya Dunhill 7 atau surya 12 adalah menjadi peneman setia aku untuk menyiapkan kerja – kerja sekolah atau mengulang kaji pelajaran rasanya macam baru boleh fokus. Apa sahaja brand rokok aku pernah cuba dari nusantara hingga ke keluaran phillips morris semua aku dah try kecuali cuban cigar. Nasib lambat aku kenal tauke so cuban cigar nih kalau tak memang aku beli. terus terang aku nak kata kalau rokok bawah level dunhill atau tak sama taraf memang aku tak boleh nak sedut memang berlagak tahap gaban tapi betul aku pernah try sewaktu rokok mula naik beli satu brand winston memang tak sedap langsung rasa kertas sahaja baru hisap sikit aku terus buang beli baru.

Kenapa nak berhenti!?
Ya aku akui duit belanja rokok aku pun dah lebih dari nilai instalment motor aku walau pun aku tak berapa kisah sangat tapi aku dah mula rasa dada aku rasa semangkin panas dan rasa macam kurang hengsem dekat pandangan kaum wanita kalau aku hisap rokok. Time itu senior – senior tempat kerja aku ada juga sound bila lah kau nak berhenti merokok dengan selamba aku jawab lepas kahwin jer aku berhenti dan soalan itu selalu aku dengar dan juga selalu aku jawab dengan jawapan yang sama nanti aku kahwin aku berhenti merokok. Tak sangka tup tap dalam jangka masa aku menjadi perokok tegar selama 11 tahun aku boleh berhenti sekelip mata kalau nak ikutkan dah lagi stahun genaplah 10 tahun aku berhenti, teror juga aku wei walupun ada sepupu dan rakan aku yang berhenti dah berberapa tahun lepas tu back to supporting Philips morris kiranya besyukurlah aku dapat berhenti.

Berhenti tanpa mengunakan ubatan . Walaupun wife aku tak paksa aku berhenti tapi dalam masa sebulan aku kahwin aku memang berjaya berhenti just like that cold turkey. rasa macam demam sikit – sikit tu adalah rasa nak marah aku cepat – cepat pandang wajah isteriku terus jadi cool down baru kahwin katakan kalau dah masuk angka 10 nih tak tahulah mungkin terus tak berani hehe.

Walupun dulu aku cukup takut kalau berhenti merokok aku akan tersisih dari rakan – rakan sekapal , lepas makan aku nak buat apa ya ,time rewang semua dapat rokok rewang aku tak dapat itu semua hanyalah ketakutan yang korang sendiri dah setkan dekat kepala otak kau orang sendiri pasal aku tahu badan kita memang tak perlukan nikotin seperti mana batin kita tidak memerlukan kopi tongkat ali.

Merokok membuat kita tidak hengsem

Ok terpulanglah dekat kau orang nak berhenti ke tak kalau aku tulis panjang – panjang pun kalau korang dah set dekat kepala dengan ketakutan yang aku tulis seperti diatas go on teruskanlah The Joy of supporting Philips Morris. Cuma aku pernah terbaca kalau korang ini jenis activist yang suka menentang kerajaan pastu huhahuha masuk lokap in the end still beli rokok untuk support kerajaan dari cukainya jadi ada makna ke korang punya perjuangan.

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

15 Comments

  1. Khairul Zamri
    Twitter:
    July 11, 2013
  2. Hairul Hissam July 11, 2013
  3. encikarman
    Twitter:
    July 11, 2013
  4. AUC
    Twitter:
    July 11, 2013
  5. munir ardi
    Twitter:
    July 11, 2013
  6. boni ultra kacak July 11, 2013
  7. Joe July 12, 2013
    • suri July 12, 2013
  8. Denaihati July 12, 2013
  9. suri July 12, 2013
  10. suri July 12, 2013
  11. TehR
    Twitter:
    July 13, 2013
  12. kakiblog July 17, 2013
  13. Hafizul
    Twitter:
    July 22, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge