Tidak Tenang Punca Ganas

Ada sesiapa yang membaca akhbar Metro dua hari yang lepas ni berturut – turut kes budak kena inaya bapak tiri seorang sampai meningal seorang lagi lebam – lebam. Macam cerita dulu – dulu dongeng mak tiri dera budak tapi rasanya kalau dekat filem tu setakat kena raging basuh baju, angkat air makan nasi tinggal balance kepala ikan paling koma pergi sekolah pakai baju secondhand, Tapi budak itu terus hidup sampai jadi bahagia.

Tapi sekarang baru umur dua tahun dan kena dera sampai putus nyawa, aku kalau baca pun sikit – sikit sahaja memang jiwa aku ada rasa sedih, sayu nak teruskan membaca pun tak boleh kalau ada pelaku depan mata memang aku kerah budak – budak aku raging balik ikat dekat pokok kelapa dengan tanpa pakaian taruk kerengga baru padan muka dia, tapi itu bukan nya penyelesaiannya ah benda sudah berlaku biarlah pihak berkuasa yang menentukanya Untuk keluarga mangsa aku ucap Takziah atas pemergiaanya Tuhan memang lebih menyayanginya.

Yang budak tujuh tahun pun aku rasa sedih juga mana lah akal bapa tiri tu, budak zaman sekarang aku memang tahu aktif kekadang tu hyper jangan lah pasal mungkin budak itu main lari – lari pastu terlangar kau kau dah naik hangin pastu belasah  macam budak itu dah dewasa, kalau orang dewasa sekalipun macam akulah kau cucuh rokok dekat kulit aku memang aku akan rasa perit dan sakit tak percaya kau orang rebus meggi dah masak terus telah rasa perit itu sahaja dah mengalahkan rasa sedap meggi itu . Sama juga dengan budak – budak tengah dia orang seronok bermain pastu kau datang pastu terus lempang mau tak meraung budak  – budak tu,.

Cubalah berfikir mengunakan akal kenapa perlu menyeksa insan lain demi menteteramkan jiwa atau melepaskan kemarahan. Adakah kewarasan kamu elah dikalahkan dengan dunia, Dekat sinilah patutnya kita semua harus sedar dengan mengimarahkan mesjid – mesjid , sembahyang berjemaah,Membaca Al-Quraan dan menghadiri majlis – majlis ilmu dapat mengubati hati – hati yang berasa tidak tenang , gelisah tidak gembira. Bukan pergi clubing hisap candu!

Mereka – mereka inilah yang biasanya waktu – waktu orang mula hendak masuk ketempat tidur waktu inilah mereka rasa bosan pergi merayau – rayau  pergi ke tempat – tempat hiburan untuk mencari ketenangan Jika yang kurang berwang akan menghabiskan waktu berjam – jam di kedai – kedai  24 jam hingga larut pagi. Rasanya bagaimanakah hendak mencari ketenangan di tempat – tempat serbegini.

Dan untuk jiran – jiran dan masyarakat setempat  rasanya sifat tak nak jaga tepi kain orang memang kena timbang – timbangkan, memang betul ada benda yang tak boleh kita masuk campur tapi kalau dah dengar laki bini berperang diselangi anak – anak kecil meraung – raung memang patut sangat buat laporan di balai  – balai yang berdektan, takut – takut lah benda yang tak diingini berlaku, kalau korang cakap ada aku kesah korang patut tengok betul – betul anak atau anak sedara kau yang masih kecik dengan kiut miut dia pastu ada yang nak dera  apa tindakan korang kalau berlaku betul tak.

Picture:hdwallpaperstop.com

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 125.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

15 Comments

  1. titan
    Twitter:
    June 27, 2013
  2. ProfHariz
    Twitter:
    June 27, 2013
  3. Danial Abdul Rahim June 27, 2013
  4. kakiblog June 27, 2013
    • onlajer
      Twitter:
      June 27, 2013
  5. daddydee June 27, 2013
  6. suri June 27, 2013
  7. fyna
    Twitter:
    June 27, 2013
  8. Hafizul
    Twitter:
    June 28, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge