Tiga tips terbaik untuk anda menempah tiket penerbangan online

Salah satu habit saya yang kurang elok semasa memandu diawal pagi ialah , Saya suka menukar – nukar stesen radio.
Contohnya sebelum jam 7.25 saya akan mendengar siaran Hang FM. Dan selepas itu baru lah saya tukar – tukar untuk memilih radio yang akan menyampaikan info terbaik ataupun lagu kegemaran.

Dan apabila saya mendengar siaran radio berbahasa ingeris singapura , saya terdengar lah DJ mereka bercerita tentang 3Ultimate guide for booking tiket. Saya terjemahkan kepada 3 tips terbaik untuk menempah tiket secara online.

Gambar hiasan dari pixabay

1- Ramai orang kata nak murah beli tiket secara online ialah dengan menmpah awal. Ada yang kata bulan satu tahun hadapan nak pergi, bulan januari tahun ini kita dah beli.

Benda ini dia kata betul . Tetapi kurang tepat. Untuk membeli tiket yang murah mereka kata beli dalam jangka masa antara 70 dan 90hari penerbangan.

Alasan mereka jika dalam tempoh itu syarikat penerbangan lihat tiket kurang laku , mereka munkin akan menurunkan harga nya.

2- Tips yang kedua , Beli pada awal pagi. Bangun tidur , atau sejurus sahaja sampai ofis terus je online. Mereka kata pada waktu malam tiket – tiket di waktu malam akan berada dalam status flooting.

Iaitu ada sebahagian tiket yang mereka rizabkan untuk bisnes class , tetapi ternyata pada awal pagi tiket itu tidak terjual.
(Yang ini saya sendiri kurang faham tapi anda boleh cuba dan lihat hasilnya sendiri)

3- Tips yang ketiga . Yang ini paling jarang dibincangkan oleh nettizen. Kecuali pemain affiliate.

“Delete your browsing cookies”.

Anda patut delete cookies pada komputer anda . Ini kerana setiap kali anda pergi kelaman web tempahan , mereka akan mengetahui anda sedang desperate untuk membeli tiket dan dengan demikian dengan angkuhnya mereka tidak akan sama sekali akan menurunkan harga tiket. Yang mereka tahu hanyalah untuk cuba menaikan harga yang semaksima yang munkin untuk anda.

Anda boleh delete cookies pada komputer anda pada – control panel – Network and Internet – Internet option – Delete browsing history and cookies

Okeh untuk anda yang nak dapatan tiket boleh lah cuba – cuba untuk book flight & hotel yang  bagus dengan tawaran harga yang terbaik  – Hanya di Laman TIKET MUNASABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge