Ubat Batuk Ada Alkohol

Berberapa minggu ini Batuk , selsema memang hebat Menyerang. Ditambah pula musi quini,pelam dan sekutunya. Saya juga mendapat tempiasnya. Malas nak menunggu giliran DiKlinik beli sahaja Ubat Batuk yang terjual dipasaran.

Alhamdulilah sekarang dah okey sikit setelah mengikut arahan pengunaanya.

Hanya sekarang ini mula lah terdetik ingin memeriksa apa isi kandungan yang ada didalam ramuan penyediaan Ubat Batuk ini.

Guaiphenesin
Benzoic Acid
Ethyl Alcohol

UBAT BATUK

Nampak Tulisan Alcohol jer terus jadi terkedu dah nak habis sebotol baru ingat nak tengok isi kandungan.
Maklumlah sekarang ini memang status Halal dan haram sesuatu produk itu tengah Hot diperkatakan.

DARIPADA PORTAL RASMI FATWA MALAYSIA

  • Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
  • Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
  • Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
  • Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
  • Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
  • Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
  • Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Woha setelah membaca penjelasan hati  baru rasa lega , untuk terus menghabiskan saki  baki Ubat batuk

p/s :- Jom kita semak senarai harga ubat batu disini – Halaman jualan ubat Batuk

NO JENAMA DAN MODEL HARGA TAWARAN ISTIMEWA
1 York 1.0hp air conditioner YSL3F10/YWM3F10 Wall Split RM799.00 SURVEY SEKARANG
2 Daikin 1.5hp FTN15P & RN15F Eco King Wall Mounted Air Conditioner RM1211.25 SURVEY SEKARANG
3 Sharp 1.0hp eco Non-Inverter Split Air-Conditioner AH/AUA9SED RM793.46 SURVEY SEKARANG
4 KDK KB404 Table Fan 16" RM 128.00 SURVEY SEKARANG
5 KDK KC4GR Wall Fan 16" Remote Control RM 259.00 SURVEY SEKARANG
6 KDK K15V0 Ceiling Fan 60" RM 146.70 SURVEY SEKARANG

8 Comments

  1. Abdur June 12, 2014
  2. titan
    Twitter:
    June 13, 2014
  3. Prof John June 13, 2014
  4. Hairul HIssam June 15, 2014
  5. Hafizul
    Twitter:
    June 16, 2014
  6. suri June 17, 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge