Extra RM1000 sebulan part time Jual air soya panas

0
352
Extra RM1000 sebulan part time Jual air soya panas

Siapa nak Rm1000 sebulan part time dengan jual air soya panas.

Musim hujan kalau ada member group whatapp taman update status yang dia jual home made air soya panas siap delivery. Inshallah ramai yang akan oder.

Siapa yang tak suka minum air soya. pasti ramai yang suka dengan minuman soya ini.

Kalau siap delivery lagi orang suka. Tak payah sibuk nak pergi mana – mana. Tinggal oder dan tunggu dekat rumah.

Air soya ini memang tak kira panas atau sejuk. pasti ada pengemarnya sendiri.

Lagi kita boleh tambah bahan lain mengikut selera dan cita rasa kita.

Semua orang tahu nak yang ada umph.. Kena cari yang homemade.

Baca juga :- Belajar buat air soya dengan tauke taufufah

Nak tak buat Extra RM1000 sebulan part time Jual air soya panas

Jom kita lihat panduan dan resepi air Soya ini.

Bahan-bahan untuk air soya:-

200gram kacang soya (beli kacang soya)
2 liter air
1 cawan gula
3 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam

Panduan dan resepi air Soya

Cara penyediaan air soya.

Rendam kacang soya di dalam bekas semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, kacang yang direndam semalaman akan mengembang 2 kali ganda saiznya.

Basuh kacang soya dan toskan air yang berlebihan.

Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya.

Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.

Sebelum di masak, seeloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal.

Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.

Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.

Air soya yang sudah sejuk boleh disimpan di dalam peti ais.

Dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba dengan panduan dan resepi air Soya.

Baca juga:- Panduan bisnes taufufah dan air soya.

p/s: Rakan saya juga ada menyedikan panduan terbaik membuat air soya dan taufufah panas atau sejuk. Nak tahu lebih lanjut klik sini :- Nak belajar buat air soya power

Semoga perkongsian Extra RM1000 sebulan part time Jual air soya panas bermanfaat untuk anda. Jom join telegram – https://t.me/onlajer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge