Kopi O kaw teman setia lelaki berkaca mata buat kerja dari rumah.

Apabila sudah bergelar penanam anggur bermakna masa saya dirumah semakin panjang.

Tapi rasanya tidak jugalah. Biasanya selesai sahaja solat subuh. Waktu itu lah paling afdhal untuk kita menderes (baca quran) orang jawa parit lajer sahaja yang cakap menderes.

Ialah mak kawan memang keturunan Jawa demak berkahwin dengan jawa sumoroto.

Duduk dekat kampung yang terdiri daripada pelbagai etnik keturunan Jawa lain daerah. Macam – macam lah slang dan perkataan Jawa yang telah terhasil.

Sampai pernah saya pergi ke Indonesia. Orang sana cakap bahasa jawa mak mertua saya macam jawa melayu.

Biasanya kaki – kaki ngopi ni kalau tak keluar kena secangkir kopi mitosnya badan akan mengigil. Sukatan kafien yang masuk dalam badan tidak seperti dikedai walaupun kopi di rumah bersusun di atas para.

Alhamdulilah ramai yang panjang umurnya….

Dirumah saya Sepanjang PKP menu sajian yang sentiasa ada di meja makan ialah kopi o uncang.

Baca juga:- Penyedian kopi o bujang

Buat satu jug dekat dalam jug thermos boleh lah tahan kepanasanya dalam sejam dua. Dan biasanya akan habis dahulu sebelum masuk waktu makan tengah hari.

Gambar atas sekadar hiasan. Minum kopi uncang kampung sahaja harga yang paling budget disebabkan dah biasa dididik beli barang yang murah – murah sahaja.

Nak survey kopi – Kluang Coffee Cap Televisyen Black Kopi O Kosong 10gx100’S

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge