MELANCONG KELUAR NEGARA
Selepas Tahun 2000 ledakan industri perlancongan Rakyat Malaysia telah meningkat, Tidak kira golongan atasan malah golongan pertengahan juga mampu pergi melancong dengan pengangkutan udara. Malah dengan harga tambang dan destinasi perlancongan yang menarik , ramai yang telah berpeluang pergi keluar Negara.Sekarang ini syarikat Penerbangan tambang murah banyak melakukan promosi penerbangan keluar Negara,dengan harga yang berpatut dengan syarat anda memiliki passport untuk mengembara. Malah kerajaan juga telah meringankan beban kos untuk memiliki Pasport dengan hanya membawa RM100 dan kad pengenalan anda mampu memiliki passport dengan sah laku sehingga dua tahun.
Pengalaman saya melancong keluar Negara.
Apabila saya keluar Negara , Antara yang menjadi keutamaan saya ialah Waktu solat dan kiblat , Makanan dan Soal keselamatan saya dan keluarga. Teringat saya sewaktu kali pertama melancong keluar Negara. Destinasi saya Hongkong , Shenzhen dan balik semula Hongkong untu ke Disney Land. Dalam kumpulan lawatan ini saya dan isteri sahaja yang beragama Islam. Daripada ingatan waktu solat , kiblat kena lah mencari sendiri, mujurlah disana ramai warga Negara Indonisia yang sudi memberi petunjuk arah kiblat .
Pengetahuan dan Informasi yang lengkap dapat memudahkan urusan kita
Berbeza sekali sewaktu lawatan saya ke bandung Makanan , tempat solat semua nya mudah didapati , malah lawatan saya ke Bandung juga secara” free and easy”. Cari seorang pemandu jalan, Pergi sahaja kemana tempat yang dingini.
Salah Satu Destinasi yang saya ingini lawati selepas Bandung ialah Sebuah Negara Indochina iaitu Kemboja.
PENGETAHUAN SAYA TENTANG KEMBOJA
Kemboja merupakan salah sebuah Negara Asia yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Terletak di barat daya semenanjung Indochina, Kemboja menduduki kawasan seluas 181.035 kilometer persegi dan bersempadan dengan Thailand di sebelah barat dan barat laut, Laos timur laut, Vietnam untuk timur, dan Teluk Thailand di barat daya.
Salah satu tempat yang wajib dilawati apabila kekemboja. – Foto dari nationalgeographic.com
Bentuk muka bumi Kemboja terdiri daripada dataran rendah, dengan gunung ke barat daya dan utara. Dua ciri-ciri fizikal dominan Kemboja sungai Mekong, yang berjalan dari utara ke selatan negara itu, dan Tasik Tonle Sap merupakan sumber air utama bagi penduduk Kemboja. Sumber semula jadi yang terdapat di Kemboja termasuk minyak dan gas, kayu, batu permata, bijih besi, mangan, fosfat, potensi kuasa hidro. Melawat ke kemboja dapat melihat budaya yang ada di sana dan pelbagai tempat sejarah boleh dilawati seperti Cambodia cultural village, Wat Phnom, Phnom Penh Muzium Negara Kemboja, dan sebagainya. Disini kita boleh melihat sejarah, adat dan budaya masyarakat di sini. Malah DiKemboja juga ada komuniti Islam .
MELANCONG KE KEMBOJA
Apabila saya melancong sudah pastinya saya ingin melihat apa yang unik disesebuah Negara orang, Ditambah lagi dengan kesan Sejarah peningalan kota lama yang terletak di Kemboja bersama mengenali kelompok islam dikemboja yang sedaya upaya untuk memajukan ekonomi mereka. Melawat Mesjid – masjid ,Malah jika berpeluang dapatlah kita menyertai kembara korban yang dilakukan disana.
Baru – baru ini rakan Blogger saya saudara Azri Johan telah menganjurakan Contest Kembara Kembojadengan hadiah yang cukup lumayan , dengan jumlah keseluruhan RM2000.
Dari contest tersebutlah saya mengenali sebuah Agensi Perlancongan Cambodia Muslim Holiday Travel Syarikat 100% hak milik orang islam di negara kemboja yang dimiliki dan diuruskan sendiri oleh Ustaz Yahya Al-hafiz. Dengan jaminan 100% halal makan minum .
Jom sewa pocket wifi untuk kemudahan travel – klik sini
Agensi Perkhidmatan ini dibuka khusus kepada mereka yang berbangsa Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei, kerana mereka fasih berbahasa Melayu dan merasa lebih selesa dengan bahasa itu, oleh yang demikian mereka berharap ramai yang menyokong servis dan perkhidmatan mereka ini.
Perkhidmatan Pelancongan ini dibuka semata-mata bertujuan mempermudahkan perjalanan anda dengan jaminan 100% selamat Insya Allah.
Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.