New way to trade peluang anda untuk melabur ditempat baru

1
140

Alhamdulilah….

Kes Covid-19 nampaknya sudah semakin menurun!

PKP pun sudah bertukar menjadi PKPB & PKPP, orang ramai pula sudah boleh rentas daerah mulai 5 Mac 2021.

Sudah tiba masanya nak melihat kabaah. (Dengan hanya melihat wajah ibu bapa kita jer dah dapat pahala melihat kaabah).

Anak-anak tahun 1 dan 2 dah mula boleh pergi sekolah semula…

Seronok diorang dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa!

KWSP dan Tabung Haji pun sudah mengumumkan kadar dividen dan bonus mereka.

Seperti yang dijangka, pulangan keuntungan untuk tahun 2020 tidaklah begitu tinggi disebabkan situasi ekonomi seluruh dunia yang terjejas gara-gara pandemik Covid-19.

KWSP hanya mampu memberikan kadar dividen 4.9% sahaja untuk simpanan syariah.

Tabung Haji pula, hanya memberikan kadar keuntungan 3.1% sahaja.

Jika anda masih ingat, awal tahun haritu, ASB juga ada mengumumkan kadar dividen sebanyak 4.25% sahaja.

Tiga tempat simpanan wang ini, adalah merupakan tempat utama dan tempat paling ramai orang menyimpan wang… dan ketiga-tiga tempat ini nampaknya, hanya mempu memberikan kadar pulangan… kurang dari 5%.

Disebabkan itu, ramai orang pada waktu ini, sedang mencari-cari tempat yang lebih berbaloi untuk “memberanakkan” duit mereka.

Salah satu tempat yang boleh memberikan kadar pulangan yang lebih tinggi dan lebih cepat.. adalah pasaran saham!

Kini… Ramai orang memilih saham sebab…

Kadar perolehan keuntungan itu, lebih pantas…
Di pasaran saham, 5% keuntungan itu boleh diperolehi dalam masa beberapa hari atau minggu sahaja… berbeza jika mahu dibandingkan dengan pelaburan emas atau hartanah yang mengambil masa bertahun-tahun untuk melihatkan kenaikan sebanyak 5% itu.

Kadar cairan yang sangat tinggi.
Tidak seperti hartanah, proses untuk jual beli hartanah, biasanya akan mengambil masa berbulan-bulan dan kadangkala bertahun. Tetapi, untuk pasaran saham.. hari ini beli, jika esok sudah untung, sudah boleh jual dan dapatkan semula cash anda. Ia sangat pantas.

Modal Rendah
Jika anda mahu membeli emas, amaun paling kecil yang boleh anda beli adalah 1 dinar = RM 1000. Begitu juga jika anda ingin membeli hartanah , kos permulaannya juga sangat besar dan memerlukan beribu-ribu ringgit untuk bayar deposit dan segala macam yuran. Berbeza dengan saham, anda boleh start melabur dengan modal serendah RM100.

Sebenarnya, ada banyak lagi sebab mengapa orang kini lebih tertarik untuk melabur di dalam pasaran saham berbanding pelaburan-pelaburan lain pada waktu ini.

Namun begitu…. sebelum mahu menjejakkan kaki dalam dunia pelaburan saham… Anda mestilah lengkapkan diri dengan ilmu terlebih dahulu.

Kalau main redah dan masuk sahaja… takut-takut nanti.. rugi besar pula.

Berita baiknya…. klikjer dah sediakan panduan langkah demi langkah, bagaimana untuk mula melabur di dalam pasaran saham ini.

Panduan ini, telah ditulis oleh seorang bekas doktor gigi yang kini, lebih selesa duduk di rumah dan berjual-beli saham secara online menerusi phone beliau sahaja.

Jika Anda berminat untuk belajar, bagaimana untuk melabur dalam pasaran saham..

Boleh klik sini atau pada gambar dibawah!

Panduan memilih saham

Semoga perkongsian New way to trade peluang anda untuk melabur ditempat baru ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge