Panduan Niat puasa sunat awal bulan Zulhijjah

0
50

Niat puasa sunat awal bulan Zulhijjah. Antara doa dan juga amalan yang patut kita lakukan.

Niat puasa sunat awal bulan Zulhijjah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik hari di dunia adalah 10 hari itu”. (Riwayat al-Bazzar)

  • Antara amalan yang amat digalakkan sepanjang 10 awal Zulhijah adalah berzikir (Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah dan Allahu Akbar).

Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu. (al-Hajj: 28)

Ibn Abbas r.a menafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ sebagai 10 hari awal Zulhijah dan inilah pendapat majoriti ulama.

  • Amalan yang kedua adalah puasa. Umat Islam yang tidak menunaikan fardu haji digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijah. Tarikh 9 Zulhijah iaitu Hari Arafah pula adalah hari terbaik berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah.” (Riwayat Muslim)

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

Bagaimanapun, tidak ada kelebihan atau ganjaran khusus bagi puasa sunat bermula 1 hingga 8 Zulhijah kecuali pada hari Arafah iaitu hari ke-9 Zulhijah.

  • Ketiga, melakukan lain-lain amalan seperti bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan sebagainya.
  • Seterusnya, menjauhi maksiat. Peluang berada dalam 10 hari awal Zulhijah adalah masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih menangguhkannya.

Amat biadab jika umat Islam bersuka ria dengan me­lampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarlah bahawa hidup ini hanyalah sementara dan seluruh keseronokan itu adalah tipu daya syaitan semata-mata.

  • Kelima adalah takbir: Saidina Ali menunjukkan bahawa takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga Tasyrik.
  • Yang terakhir adalah ibadah korban. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan bagi setiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), agar mereka menyebut nama Allah, rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternak. (al-Hajj: 34)

Antara dalil al-Quran dan hadis yang menyebut tentang kelebihan 10 hari awal Zulhijah.

  • Firman Allah SWT yang bermaksud: (Demi fajar dan malam yang sepuluh). (al-Fajr: 1-2)

Menurut Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Riwayat Bukhari)

  • Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid”. (Riwayat Ahmad)
  • Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijah ialah terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
  • Puasa. Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada sebilangan isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijah, pada hari Asyura (10 Muharam) dan tiga hari pada setiap bulan”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
  • Kelebihan Hari Raya Aidiladha (Yaum an-Nahr) pada 10 Zulhijah. Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelosok dunia.

Sesetengah ulama berpendapat hari ini adalah yang paling afdal dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.

Kesimpulan:

# Dianjurkan untuk tidak memotong kuku dan memotong rambut bermula 1 Zulhijah (11 Julai 2021)  sehingga hari sembelihan bagi mereka yang melakukan ibadah korban.

# Haram berpuasa pada 20 Julai 2021 (10 Zulhijah) sehingga 23 Julai 2021 (13 Zulhijah)

# 11 Julai 2021 sehingga 19 Julai 2021 disunatkan berpuasa dan memperbanyakkan amalan soleh kerana pahalanya akan dilipatgandakan.

# Puasa Arafah 19 Julai 2021 (9 Zulhija

AMALAN BULAN ZULHIJJAH

  1. Banyakan zikir ini, انشاءالله akan mendapat rahsianya
    “لا إله إلا الله، وحدَه لا شريكَ له، له المُلك وله الحَمْدُ، يُحيي ويُميتُ، بيَدِه الخيْرُ وهو على كلِّ شيْءٍ قدير”
  2. Banyak baca surah al ikhlas sedekahkan kepada ibu bapa.
  3. Sembahyang malam:
  4. sembahyang tahajud,
  5. sembahyang tasbih
  6. sembahyang hajat
  • Selepas al fatihah baca kedua dua rakaat
  • Ayat kursi 1x
  • Al qadar 1x
  • Al Ikhlas 7x
  • Al Falaq 1x
  • Al Annas 1x
  1. Berpuasa dari 1-9 Zulhijjah
    Sehari berpuasa seperti setahun berpuasa.

CADANGAN DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH (Dibaca antara Jam 6pm – 12am waktu Malaysia)

  1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
  2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
  4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
  7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
  10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
  11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
  12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
  13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
  14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
  15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
  16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
  17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
  19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
  20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
  22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
  25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
  26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
  27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
  28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
  31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Tutup dengan selawat.
Amin Ya Rabbul Alamin.

Sebaik – baik doa adalah doa hari Arafah

Niat puasa sunat awal bulan Zulhijjah

Hari Arafah Tahun 2021

19 Jul 2021, merupakan hari Arafah yang mana ia adalah waktu berdoa yang paling mustajab. Bahkan, ia merupakan amalan terbaik pada hari wukuf di Arafah.

Waktu Wuquf di Arafah bermula sekitar jam 12.25 tengahari waktu Saudi. Di Malaysia jam 5.25 petang lepas Asar. Lepas Asar Hari Arafah waktu Malaysia nampak sesuai untuk berdoa.

Ambillah setengah jam untuk berdoa. Lebih-lebih lagi menjelang berbuka puasa Hari Arafah nanti. Insha Allah.

Doa Arafah Ini afdal baca semasa waktu wukuf.

JOM KITA BERSIAP SEDIA… JANGAN TERLEPAS

DOA ARAFAH

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah, aku mohon kepadaMu keampunan dan keselamatan dalam urusan agamaku dan duniaku, keluargaku dan hartaku.

Ya Allah , tutupilah aku dari segala yang memalukanku dan tenteramkanlah aku dari rasa takut.

Ya Allah peliharalah aku dari depan dan belakangku, dari kanan dan kiriku serta atasku. Dan aku berlindung dengan keagunganMu dari ancaman yang datang dari arah bawahku.
Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah sihatkanlah pendengaranku. Ya Allah sihatkanlah penglihatanku. Tiada Tuhan yang patut disembah selain Engkau.
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kefakiran serta dari siksa kubur.Tiada Tuhan yang patut disembah selain Engkau.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan yang patut disembah selain Engkau. Kau ciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan aku tetap pada sumpah dan janjiku kepadaMu sekuat tenagaku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang aku perbuat. Aku datang kepadaMu menyatakan pengakuan akan segala nikmatMu yang Kau limpahkan kepadaku. Dan aku datang kepadaMu mengakui segala dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari dukacita dan kesusahan. Dan aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan, serta dari rasa kedekut dan penakut. Dan aku berlindung kepadaMu dari cengkaman hutang dan penindasan manusia.

Ya Allah, jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keuntungan serta akhirnya kejayaan. Dan aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, wahai Yang Maha Pengasih lebih dari mereka yang berhati kasih.
Ya Allah, aku mohon kepadaMU keredhaan terhadap keputusanMu, kelapangan hidup setelah mati, kenikmatan memandang wajahMu yang mulia, dan kerinduan untuk berjumpa denganMu, tidak dalam kesusahan yang menyedihkan dan tidak dalam ujian yang menyesatkan. Dan aku berlindung kepadaMu dari menganiaya atau dianiaya atau diserang, dan berbuat kesalahan atau dosa yang tidak Engkau ampuni.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kembali ke masa hidup yang terhina.
Ya Allah, tunjukilah aku kepada sebaik-baik perbuatan dan budi pekerti, yang tiada seorang pun dapat menunjukkannya selain Engkau. Dan jauhkanlah aku dari keburukannya, yang tiada seorang pun dapat menjauhkannya selain Engkau.

Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku dan lapangkanlah bagiku tempat kediamanku serta berkatilah untukku rezekiku.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari keras hati, kelalaian, kehinaan dan kemiskinan. Dan aku berlindung kepadaMu dari kekufuran, kefasikan, perpecahan, dan rasa ingin terkenal dan rasa ingin terpandang. Dan aku berlindung kepadaMu dari tuli, bisu, penyakit kusta dan segala penyakit yang jahat.

Ya Allah, kurniakanlah ketaqwaan pada jiwaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Zat yang menyucikannya, dan Engkaulah Pelindungnya dan Pemiliknya.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanafaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas dan doa yang tidak terkabulkan.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah aku lakukan dan yang belum aku lakukan, dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah aku ketahui dan yang belum aku ketahui.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari lenyapnya nikmat yang Engkau kurniakan, berubahnya kesihatan yang Engkau anugerahkan, kejutan bencana dariMu, dan segala kemarahanMu.

Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kehancuran, terjatuh, tenggelam, terbakar dan kesengsaraan masa tua. Dan aku berlindung kepadaMu dari sentuhan syaitan ketika hadirnya maut. Aku berlindung kepadaMU dari kematian kerana gigitan haiwan. Dan aku berlindung kepadaMu dari rasa rakus yang membawa kepada perbuatan jahat.

Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari pekerti buruk, perbuatan mungkar, hawa nafsu jahat dan penyakit yang membinasakan. Dan aku berlindung kepadaMu dari cengkaman hutang dan penindasan lawan, serta kegembiraan musuh melihatku.

Ya Allah, perbaikilah untukku agamaku yang merupakan pelindung segala urusanku, dan perbaikilah keadaan duniaku yang merupakan tempat kehidupanku, dan perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku. Dan jadikanlah hidup ini sebagai tambahan bagiku untuk berbuat segala kebajikan, dan jadikanlah mati sebagai berakhirnya segala kejahatan bagiku.

Tuhanku, bantulah aku, dan jangan dibiarkan diriku tak dipeduli. Menangkanlah aku, dan jangan dibiarkan aku tewas. Tunjukilah aku dan mudahkanlah petunjuk bagiku.

Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang banyak mengingatiMu, banyak mensyukuri nikmatMu, sangat patuh terhadap perintahmu, selalu merendah diri di hadapanMu dan sentiasa mengadu dan berserah diri kepadaMu.
Tuhanku, terimalah taubatku, sucikanlah dosaku, kabulkanlah doaku, kuatkanlah ingatan ku, tunjukilah hatiku, jujurkanlah perkataanku dan hapuskanlah keburukan hatiku.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu ketetapan hati dalam segala urusan, dan keteguhan kehendak menuju kebenaran. Dan aku bermohon supaya dapat mensyukuri nikmatMu dan mengabdikan diri kepadaMu dengan baik. Aku mohon kepadaMu kesucian hati, kejujuran kata. Aku mohon kepadaMu kebaikan yang Engkau ketahui, dan aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang Engkau ketahui, aku memohon keampunan kepadaMu dari segala kejahatanku yang Engkau ketahui, kerana Engkaulah yang mengetahui segala yang ghaib.

Ya Allah, ilhamkanlah petunjuk kepadaku, dan peliharalah aku dari kejahatan diriku sendiri.
Ya Allah , aku mohon kepadaMu agar aku dapat berbuat segala kebajikan dan meninggalkan segala kemungkaran, serta menyintai orang-orang miskin. Dan aku memohon kepadaMu limpahan keampunan dan kerahmatan. Dan aku memohon, apabila Engkau menghendaki untuk menimpakan ujian kepada seluruh hambaMu, agar Engkau pulangkan aku kepadaMu dalam keadaan selamat dari ujian itu.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu agar aku dapat mencintaiMu, dan mencintai segala perbuatan yang mendekatkanku menuju cintaMu.

Ya Allah aku mohon kepadaMu sebaik-baik permintaan, sebaik-baik doa, sebaik-baik keuntungan dan sebaik-baik pahala. Tetapkanlah jejakku, beratkanlah timbangan kebaikanku nyatakanlah imanku, tinggikanlah darjatku, terimalah solatku dan ampunilah segala kesalahanku. Dan aku memohon kepadaMu darjat yang tinggi di syurga.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu segala pembuka kebaikan, penutupnya dan semua yang mendatangkannya, awalnya dan akhirnya, zahirnya dan batinya, dan aku memohon darjat yang tinggi di syurga.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tinggikan namaku, Kau hapuskan dosaku, Kau sucikan hatiku dan Kau pelihara maruahku serta Kau ampuni dosaku. Dan aku memohon darjat yang tinggi di syurga.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau limpahkan keberkatan pada pendengaranku, penglihatanku, jiwaku, tubuh dan budi pekertiku serta pada keluargaku, hidupku dan amal perbuatanku. Dan terimalah segala amal kebajikanku. Dan aku memohon kepadaMu darjat yang tinggi di syurga.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari beratnya ujian, pedihnya kesengsaraan, buruknya keputusan dan kegembiraan musuh melihatku.

Ya Allah, yang mengendalikan semua hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu.
Ya Allah, yang mengarahkan semua hati dan penglihatan, arahkanlah hati kami untuk taat kepadaMu.

Ya Allah, tambahkanlah kebaikan kepada kami, dan janganlah Kau kurangi, muliakanlah kami, dan janganlah Kau jadikan kami manusia terhina, kurniakanlah kami segala pemberianMu, dan janganlah Kau putuskan kami dari pemberianMu, utamakanlah kami dan janganlah Kau abaikan kami.

Ya Allah, baikkanlah kesudahan segala urusan kami, dan lindungilah kami dari kehinaan hidup di dunia dan siksa hidup di akhirat.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rasa takut kepadaMu yang dapat menghalangiku dari berbuat dosa. Dan kurniakanlah kami ketaatan kepadaMu yang dapat menyampaikan kami ke dalam syurgaMu. Dan kurniakanlah kami keyakinan hati yang dapat meringankan kami dari pelbagai ujian dunia. Limpahkanlah kepada kami kenikmatan pada pendengaran kami, penglihatan kami dan kekuatan kami selama kami hidup, dan jadikanlah semua itu pewaris dari kami. Jadikanlah balas dendam kami hanya kepada orang-orang yang menganiaya kami, dan menangkanlah kami terhadap orang-orang yang memusuhi kami. Janganlah Engkau jadikan dunia ini puncak tujuan kami, dan batas pengetahuan kami. Janganlah Engkau jadikan cubaan kami dalam agama kami. Dan janganlah Kau beri kekuasaan kepada orang-orang yang tidak takut kepadaMu dan tidak mengasihi kami, hanya kerana dosa-dosa kami.

Ya Allah, aku memohon kepadaMu segala yang mendatangkan rahmatMu dan segala yang menimbulkan keampunanMu, ku mohon keuntungan dari segala kebajikan, keselamatan dari segala kejahatan, dan keberuntungan memperoleh syurga serta keselamatan dari api neraka.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan pada diri kami satu dosa pun melainkan Kau ampuni, dan janganlah Kau biarkan suatu kekurangan melainkan Kau tutupi, janganlah Kau biarkan suatu kesusahan melainkan Kau bukakan jalan keluar, janganlah Kau biarkan suatu hutang melainkan Kau lunaskan, dan janganlah Kau biarkan suatu hajat duniawi dan ukhrawi yang Engkau redhai dan baik bagi kami melainkan Kau penuhi, wahai Yang Maha Pengasih lebih dari mereka yang berhati kasih.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu rahmat dariMu, yang dengannya Kau tunjuki hatiku, dengannya Kau satukan segala perkaraku, denganya Kau kumpulkan urusan-urusanku yang berselerak, denganya Kau pelihara diriku diwaktu aku susah, dengannya Kau angkat darjatku diwaktu aku senang, dengannya Kau cerahkan wajahku, dengannya Kau sucikan perbuatanku, dengannya Kau ilhamkan kepada ku jalanku yang terang, dengannya Kau hindarkan diriku dari segala dugaan dan dengannya Kau pelihara diriku dari segala kejahatan.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu kemenangan di hari penentuan (qiamat), kehidupan sebagaimana kehidupan orang-orang yang bahagia, martabat sebagaimana martabat para syuhada dan hidup bersama para nabi serta kemenangan terhadap musuh-musuh.
Ya Allah, aku mohon kepadaMu kebenaran dalam iman, keimanan dalam budi pekerti, kejayaan yang disertakan kebahagiaan, limpahan rahmat dan keselamatan serta ampunan dan keredhaan dariMu.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu kesihatan, kesucian jiwa, pekerti yang baik, dan keredhaan hati menghadapi takdir.
Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan diriku dan dari kejahatan setiap yang melata di atas bumi yang hanya Engkau lah Penentunya. Sesungguhnya Tuhanku selalu berada di jalan yang lurus.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar apa yang kuperkatakan, Melihat tempat ku berada, Mengetahui yang rahsia dan yang nyata dariku, dan tiada suatupun dari keadaanku yang luput dari pengetahuanMu.
Aku ini hambaMu yang hina lagi kekurangan, yang mengharapkan pertolongan dan perlindungan, yang cemas dan takut, serta mengakui segala dosa di hadapanMu. Aku mohon kepadaMu sebagai orang miskin yang meminta-minta, aku tunduk di hadapanMu sebagai orang yang berdosa lagi hina, dan aku menadahkan doa sebagai orang yang ketakutan dalam bahaya, sebagai orang yang patuh, tunduk dan takluk di hadapanMu.

Semoga selawat dan salam senantiasa dilimpahkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, kepada keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Semak juga : – Lafaz Takbir Dua Hari Raya

Semoga perkongsian Niat puasa sunat awal bulan Zulhijjah ini bermanfaat untuk anda. Jom sertai Telegram onlajer untuk maklumat pantas:- https://t.me.onlajer

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge