Crispy Fried Chicken Rahsia Bisnes Ayam Goreng

Rahsia Bisnes ayam goreng

Satu masa dahulu saya pernah bercerita tentang modal RM3ribu untuk buat bisnes.

Bisnes mudah – mudah jer, Yang penting hati mau kental. Tentang perasaan malu, anda sebenarnya beruntung sekarang.

Kerana diera zaman Covid ini, hari – hari kita kena mengunakan mask ditempat khalayak ramai.

(perasankan biasa kalau orang malu dia tutup mulut dan hidung dengan tangan, hihihi)

Lagi lah kita akan berurusan dengan orang ramai sambil menyediakan makanan.

Dengan itu pemakain mask sudah dikira wajib. Disamping aksesori lain seperti apron, penutup kepala dan sarung tangan penyediaan makanan.

Semua aksesori boleh didapati dikedai serbaneka atau pun kalau dah malas nak mencari google sahaja. Shopee, lazada ada jual.

Baca juga: – Panduan bisnes yang menguntungkan

Rahsia Bisnes ayam goreng

Apabila anda sudah mendapat satu tempat yang strategik untuk memulakan bisnes ayam goreng. pastinya anda sudah dikira mendapat satu bonus.

Kita dah tak perlu nak bersusah payah pergi berniaga dipasar minggu yang berkemunkinan punyai pesaing yang hebat.

Yang penting kita cuba menjadikan produk ayam goreng kita setanding dengan ayam yang digoreng oleh jenama terkenal.

Yang penting proses pembersihan dan penyucian perlu dibuat dengan hati yang ikhlas.

Tentang resepi ini anda boleh sahaja google, ikut sahaja panduan yang diberi oleh mereka yang rajin menulis dan berkongsi resepi.

Selepas itu kita cubalah meningkatkan lagi mutu pengeluaran dengan resepi yang anda cipta sendiri.

Contoh resepi ayam goreng McD

Bahan-Bahan:-

  1. Ayam
  2. Tepung jenama BESTARI
  3. Tepung-Gandum
  4. Tepung Beras
  5. Serbuk Cili (jika perlu)
  6. Minyak Masak

Resepi ini tidak memerlukan garam sebab tepung bestari tu dah masin.

Senjata rahsia bisnes ayam goreng.

Biasa orang goreng ayam mesti guna kuali. pada saya ok jer.

Tapi saya rasa kalau goreng berempah ok jer, tapi kalau ayam goreng mcd kita kena guna cara lain.

Ayam kena rendam dalam minyak, rasanya boleh guna istilah rebus ayam guna minyak. (betulkan saya jika saya silap)

Dan untuk itu jika ada sedikit kuasa membeli apa kiranya anda terus sahaja dapat kan stainless steel deep fryer .

Pastikan anda beli yang mengunakan gas disebabkan anda meniaga ditepi jalan. Jika nak guna yang elektrik boleh lah juga. Dengan syarat ada generator.

Baca juga :->Panduan Membeli Generator Pasar Malam

Dan apabila anda sudah upgrade ke kedai makan pengunaan gas juga lebih sesuai dari elektrik bagi menjimatkan kos utiliti anda.

Contoh stainless steel deep fryer .

Maklumat lanjut mesin goreng ayam – stainless steel counter LPG gas deep fryer

Semoga perkongsian Crispy Fried Chicken Rahsia Bisnes Ayam Goreng ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

One thought on “Crispy Fried Chicken Rahsia Bisnes Ayam Goreng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge