Review tentang kasut keselamatan (safety shoes)

1
146

Review tentang kasut keselamatan. Ramai di antara anda pasti tertanya-tanya apakah kasut keselamatan sangat penting bagi pekerja dan orang yang berada di sekitar tapak binaan dan kilang.

Cuba anda fikirkan di setiap tapak binaan dan ramai pekerja yang melakukan pekerjaan di sana. Pasti ada batu bata, kayu tebal, konkrit, dan paku, di sekelilingnya.

Sekiranya pekerja memakai kasut biasa dan tiba-tiba memijak paku dan seterusnya menusuk ke kakinya kerana tidak memakai kasut keselamatan. Tetapi, jika dia memakai kasut keselamatan, telapak kasut yang lebih tebal ini akan dapat mencegah benda tajam dari menembusinya.

Pentingnya kasut keselamatan ialah ia dapat melindungi anda daripada perkara yang tidak diingin kan berlaku, Jadi pertimbangkan untuk membeli kasut keselamatan yang sesuai untuk diri anda sendiri.

Kelebihan Menggunakan Kasut Keselamatan.

Kemunkinan besar apabila berkerja di ruang tingkat yang berlainan. Kemungkinan ada objek yang akan jatuh dari tempat tinggi, objek jatuh dan terbang adalah bahaya yang biasa. Kasut keselamatan mencegah risiko dari kes-kes ini.

Mencegah dari tejatuh disebabkan permukaan yang licin, Keadaan lantai yang basah atau licin adalah perkara biasa di banyak syarikat dan kilang. Perkara ini sering mengakibatkan kemalangan.

Mencegah Keletihan apabila pekerja diberi pekerjaan seharian, otot-otot di kaki, juga kaki, menjadi letih dan lemah. Ini boleh menyebabkan masalah keletihan bagi kebanyakan mereka. Kasut keselamatan dilengkapi dengan bantal dan sokongan lengkungan yang sempurna, yang memberikan keselesaan kepada pekerja walaupun mereka berdiri sepanjang hari.

Menghalang dari tusukan, sangat penting untuk memakai alas kaki yang mempunyai telapak tebal atau dilapis dengan plate yang boleh menahan daripada tusukan benda tajam seperti paku daripada mencederakan kaki anda.

Mencegah daripada Bahaya Elektrik dengan tapak getah yang cukup tebal berkemukinan kerja – kerja menghidupkan atau mengoperasikan alat elektrik.

Review tentang kasut keselamatan

Jadi apa pula faktor pemilhan Kasut keselamtan anda?

-Harga Murah
-Nampak Bergaya
-Ringan
-Berjenama

Ini semua terpulanglah kepada keperluan dan keadaan tempat kerja anda. Namun kebanyakan majikan ada memberi kasut keselamatan untuk setiap pekerja yang berkerja dengan mereka. Mengikut terma dan syarat yang telah mereka tetapkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

Nak pakai safety shoes yang bergaya dan ringan. Jom kita survey brand House.

Dan antara kesukaan saya adalah model Traford

Details of House TRAFFORD Safety Shoe EVA & NItrille Rubber (Black)
Eva & Nitrile Rubber Toe Cap
Composite Midsole
Aramid Shoe Upper
Microfibre Leather Category
SBP Lining
Mesh Nylon Insole
Premoulded Size Range
EU40-EU46

Maklumat lanjut anda boleh layari halaman ini House Traford safety shoes

Baca juga :- Survey Harga Safety Shoes

Previous articleKopi o bujang cadangan penyediaannya.
Next articlePanduan mudah Affiliate Lazada
Blog onlajer telah mula bersiar pada tahun 2012. Blog ini asalnya banyak bercerita tentang nota pembelajaran elektrik fasa satu. Dari situ ia terus berkembang menjadi blog teknikal lifestyle yang jarang - jarang anda baca. Semoga perkongsian yang di muat naik blog onlajer dapat memberi manfaat kepada pembaca sekelian. Sebarang maklumat yang ada disini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis . Dan ada juga blog post yang diterbit mengandungi maklumat yang diambil dari laman web yang akan dinyatakan pada artikel tersebut. Sebarang maklumat yang diguna pakai adalah tertakluk kepada risiko anda sebagai pembaca.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge