Sebelum kita bermula dengan Ujian Psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 apa kata kita baca dahulu Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA.
Definisi Psikometrik
Ujian pikometrik bermaksud ujian yang mengukur tahap kebolehan seseorang untuk ‘perform’ di dalam bidang tugas yang diperlukan.Psikometrik akan menguji kebolehan dari segi kognitif,pengetahuan dan juga personaliti.
Selain daripada itu
Psikometrik jika mengikut kefahaman orang biasa biasa munkin hanya kepada teori atau logik.
Namun jika menurut istilahnya, Ia merupakan bidang kajian yang berkait dengan teori dan kaedah pengukuran pendidikan psikologi yang meliputi:-
- Pengetahuan
- Kemampuan
- Sikap
- Sifat keperibadian
Format Ujian Psikometrik SPA
Dalam format lama sewaktu semua seksyen A, B dan C digabungkan, calon yang memohon jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 perlu menjawab 143 soalan dalam masa 30 minit dalam seksyen ujian psikometrik.
Bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada Januari 2018 yang lepas pula mereka perlu menjawab 382 soalan psikometrik dalam tempoh masa 1 jam seperti yang telah ditetapkan.
Fuh kena laju jer menjawab. Soalan sebenarnya takdelah susah mana , tetapi soalan perangkap tetap ada.
TIPS MENJAWAB SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK
Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.
Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.
Siapa yang perlu mengambil ujian Psikometrik
Pelbagai jawatan SPA kini memerlukan anda menjawab seksyen Psikometrik.
Antaranya ialah;
- Pembantu Perawatan Kesihatan U11
- Pembantu Pendaftaran KP19
- Pembantu Arkib
- Penghantar Notis
- Pembantu Awam
- Pembantu Pegawai Latihan
- Pembantu Tadbir
- Pembantu Penilaian
- Pembantu Hal Ehwal Islam
- Jawatan Lain Gred 29 Ke Bawah
- Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[Tarikh PSEE : 7 Mac 2023]
Rujukan : Soalan Ujian Psikometrik – Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan/Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang
- JADUAL GAJI
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00
- SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,352.00) atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,408.40) atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19: RM1,464.80) - SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. - DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah. Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.
(Rujukan: Laman Web EZSkim)
Membantu memantau pengurusan dan pengoperasian Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Skim Rondaan Sukarela (SRS), Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan. Pengesanan dan pemantauan isu perpaduan dan melaksanakan program pengukuhan masyarakat dalam komuniti.
(Rujukan: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional melalui surat JPN.01/514 Jld(22) bertarikh 09.08.2021)
- SENARAI BIDANG BERKAITAN DI PERINGKAT SKM
Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/). - MAKLUMAT TAMBAHAN
Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.
Ujian Psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
Contoh TIM INfOKERJAYA
Ada pembeli rujukan Psikometrik yang bertanya tentang salah satu soalan dalam rujukan.
Ini soalannya;
Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A – YA
B – TIDAK
IMEJ
Apa jawapan anda? Ramai yang kata jawapannya A, tetapi
jawapan yang Tim Infokerjaya berikan adalah B!
Jeng jeng jeng ~ Anda rasa?
Jawapannya memang B
Penilaian Psikometrik ni satu penilaian yang besar.
Tapi dalam penilaian exam online ini, ianya akan menjadi ‘scoring’ anda sebelum dipanggil ke temuduga. Jadi anda perlu berada pada tahap “NILAIAN POSITIF” sentiasa.
Faham tak? Macam kompleks sangat pula explaination ni.
.
Jadi dalam soalan ini “NILAIAN POSITIF” adalah menjadi staf yang membawa harmoni pada organisasi dan berjiwa “team work” Bukan bermakna anda tak boleh atau
tak mahu jadi LEADER, tapi anda berjiwa FOLLOWER.
Ini mantra nilaian positif ini;
“A good LEADER is a good FOLLOWER”
Maka jawapan yang memberikan score nilaian positif adalah
B!
Daripada menjadi pengikut, saya lebih suka menjadi ketua
A – YA
B – TIDAK
Nampak tak?
Ini yang kita terangkan dalam rujukan, tonjolkan nilaian
positif untuk ‘SCORING’ anda. Jika anda masih belum dapatkan rujukan PSIKOMETRIK, terus dapatkan di; PSIKOMETRIK INFOKERJAYA
Ujian ni nampak mudah, tetapi ada banyak perangkap di dalamnya dan kita huraikan di;
p/s Jawapan PSIKOMETRIK ini subjektif bergantung tahapan penilaian. Tapi dalam ujian online kerajaan ini, CORE penilaian adalah NILAIAN POSITIF!
Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik.
Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang Tim Infokerjaya keluarkan di bawah. RUJUKAN UJIAN PSIKOMETRIK
Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.
Kenapa rujukan psikometrik ini amat disyorkan?
✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ 200 contoh soalan psikometrik
✓ Penerangan cara menjawab soalan agar tidak tersasar
✓ Kenali ‘perangkap’ ujian psikometrik
✓ Penjelasan tentang apa bakal menggagalkan anda
✓ Dan lain2 lagi.
JOM DAPATKAN SEKARANG UNTUK PERSEDIAN UJIAN MENDATANG
Rujukan : Rujukan untuk Ujian SPiER / Psikometrik / SPIK
Semoga perkongsian Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer & Twiter