5 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee

Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee

5 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee. Jom kita baca kenapa kita perlu bermula dengan shopee.

Percuma – Ini adalah perkara yang sangat menarik, setakat ini saya tidak menjumpai
sebarang online portal yang menawarkan servisnya secara percuma, tanpa sebarang caj
yuran atau caj transaksi pembayaran dan proses, apa yang dibayar oleh pelanggan 100%
milik anda.

Sebagai perbandingan, untuk menjual di Lelong, anda perlu membayar yuran
sebanyak RM400 setahun, setiap transaksi dikenakan caj lingkungan 6%-15%. Begitu juga online portal yang lain seperti Lazada, 11th Street dan lain-lain.

Untung anda akan jadi berkurangan kerana terpaksa membayar caj penyedia perkhidmatan tersebut.

Sistem Online Mudah – sekiranya anda mahir menggunakan telefon bimbit anda, anda
tiada masalah untuk listing barang di Shoppe, hanya ikut langkah-langkah mudah di Shopee Apps, anda boleh mula listing barang dengan terus mengambil gambar dari akaun Shopee,atau upload daripada gambar yang anda save dalam handphone anda atau anda juga boleh import gambar dan listing daripada akaun Instagram anda.

Anda hanya perlu linkkan akaun Instagram untuk import terus gambar dan detail barang dari Instagram.

Nak ketahui tekniknya boleh terus pergi ke website Bisnes shopee.com.

mengatasi masalah kedai shopee
Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee

Poslaju ditaja oleh Shopee – Untuk tempoh terhad, Shopee ada menawarkan untuk
membayar semua kos penghantaran anda kepada pelanggan, anda hanya perlu print
consignment note menggunakan komputer yang telah siap ditulis alamat pelanggan dan
penghantar beserta nombor tracking, tugas anda hanya perlu membungkus barangan,
meletakkan consignment note tersebut di bungkusan pos untuk dihantar ke kaunter poslaju berhampiran.

Namun tawaran ini terhad, anda bernasib baik jika tawaran dibuka, terus memohon. Sekiranya anda belum layak untuk mendapat tawaran pos percuma ini, Shopee tetap memberi diskaun postage kepada pelanggan anda, sebagai contoh sekiranya anda
meletakkan kos untuk pos ialah RM7.30, Shopee akan taja RM2.30 dan pelanggan anda
hanya perlu bayar RM5 untuk postage, anda tetap akan mendapat jumlah penuh.

Cari rujukan tepat seperti di Bisnes shopee.com.

Mobile friendly – Shopee adalah portal online yang mesra pengguna handphone, pengguna boleh download apps Shopee, anda sebagai penjual juga boleh menguruskan tempahanmenggunakan apps di telefon bimbit sahaja, termasuk mengemaskini nombor tracking dan membalas mesej pelanggan.

Anda juga boleh memasukkan produk, gambar, butir-butir dan harga dengan menggunakan mobile apps sahaja.

Cukup mudah, tanpa mengunakan laptop pon anda boleh meniaga seperti seorang professional.

Membina reputasi dan jenama, Shopee mempunyai sistem rating dimana pelanggan yang telah membeli daripada anda boleh meninggalkan rating kepada pembeliannya dengan anda sama ada memuaskan atau tidak, markah penuh ialah 5 bintang.

Berikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan anda dan tiada masalah anda untuk mendapat rating yang penuh.

Jumlah keseluruhan rating akan dipaparkan di profile kedai anda, pelanggan akan lebih
yakin untuk membeli daripada kedai yang mempunyai rating yang tinggi dan tidak
mempunyai rating negatif.

Disini anda boleh membina jenama dan reputasi anda sendiri,sekiranya rating anda tinggi dan banyak, tiada sebarang masalah untuk anda menjual apaapa produk pun di Shopee.

Untuk Maklumat lebih lanjut tentang teknik perniagaan Shopee Carilah rujukan yang tepat seperti di Bisnes shopee.com.

2 thoughts on “5 Sebab Anda Perlu Berniaga Di Shopee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge