Membeli kapal layar yang pertama bukanlah suatu perkara yang mudah. Salah langkah boleh merana buat selama-lamanya. Tanpa pengalaman dan pengetahuan yang betul boleh merugikan anda. Dalam minda anda perlu ada pelan tindakan untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pemilik atau ejen kapal layar yang berpengalaman. Ini ada 8 tips untuk beli kapal layar yang pertama untuk anda jadikan panduan.
- Usah takut beli kapal layar. Beli kapal layar tidak sama seperti anda membeli rumah atau kereta. Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seperti kewangan, kos selenggara, kos krew dan banyak lagi. Sebelum anda buat keputusan untuk membeli kapal layar, carilah ejen kapal layar untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.
- Cari pereka yang memahami citarasa anda. Carilah pereka yang boleh membantu menghidupkan suasana dalam kapal layar anda. Setiap kapal yang baru ditempah mungkin perlukan sentuhan dalaman kerana ia boleh membantu anda untuk melayari lautan dengan lebih tenang dan selesa.
- Miliki kapal layar yang betul untuk perjalanan yang selesa. Carilah kapal yang boleh membantu anda melayari lautan bersama dengan keluarga. Gunakan kesempatan ini untuk mengeratkan lagi hubungan keluarga anda. Berikan mereka aktiviti untuk dilakukan semasa berlayar seperti merentas pulau-pulau yang berhampiran.
Jika anda mahu memiliki kapal layar untuk menghiburkan staf atau pekerja anda, pasti ia perlukan spesifikasi yang berbeza. Kapal tersebut haruslah boleh memuatkan lebih ramai orang dan lebih luas serta lebih selesa.
- Fikirkan rekaan kapal layar terlebih dahulu. Sebelum kapal layar anda dibawa belayar, nyatakan rekaan idaman anda pada pereka dalaman yang berpengalaman. Takkanlah anda nak belayar dengan kapal yang kosong tanpa sebarang sentuhan rekaan dalaman. Sekurang-kurangnya anda boleh wujudkan suasana yang lebih aman di dalam kapal sebelum pelayaran bermula.
- Jadi seorang yang penyabar. Sekali pun anda memiliki impian untuk memiliki kapal layar, bukan semua orang memahami impian tersebut seperti pereka kapal layar. Setiap orang mempunyai citarasa kapal layar yang berbeza. Ada orang sukakan konsep klasik dan ada yang lebih sukakan rekaan kapal layar kontemporari.
- Tahu batas anda. Ada banyak jenis kapal layar untuk anda miliki. Namun harus diingat, harga kapal layar yang paling rendah ialah RM1 juta dan yang paling mahal adalah RM67 juta! Jadi anda harus pilih kapal layar yang benar-benar dalam kemampuan anda. Kapal layar adalah perkara yang paling akhir harus anda miliki setelah anda memiliki bisnes, rumah-rumah sewa, kereta-kereta mewah dan simpanan berjuta-juta ringgit di dalam bank.
- Minat dan keazaman adalah segala-galanya. Apa sahaja perkara yang anda mahukan pastinya memerlukan minat, termasuklah dalam hal memiliki kapal layar. Mungkin anda dianggap gila kerana menghabiskan wang sehingga jutaan ringgit demi sebuah kapal layar. Jika anda dengar mereka yang dikategorikan sebagai kerja biasa dengan gaji di bawah RM5,000, mungkin mereka kata anda membazir.
Jika anda memiliki rakan-rakan yang berpendapatan RM100,000 sebulan, mereka akan menyokong anda kerana pendapatan anda dan mereka adalah sama. Lebih tinggi nilai kapal layar anda, lebih banyak keazaman yang anda perlukan.
- Charter dahulu untuk mencari minat anda. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kapal layar, anda boleh charter dahulu untuk mendapatkan pengalaman. Mungkin anda boleh membuat pilihan yang lebih baik selepas charter.
Charter bermaksud anda menyertai satu program pelayaran bersama dengan penjual kapal layar untuk tempoh beberapa hari. Sepanjang program tersebut, anda akan ditunjukkan bagaimana nak mengendalikan kapal layar ditemani dengan krew yang berpengalaman.
Monte Carlo 6 (MC6) exterior
Length : 60 feet
Fuel tank : 2,200 liter
Water tank : 800 liter
Guest : 6 person
Crew : 2 person
Anda boleh menghubungi saya dari sini untuk mendapatkan khidmat nasihat charter sebelum membuat keputusan untuk membeli kapal layar yang benar-benar memenuhi citarasa anda.