Borang rayuan haji terkini

Alhamdulilah pada tahun ini untuk Musim Haji 1441H / 2020M. Tabung haji telah memperkenalkan Borang rayuan haji terkini.

Bakal Haji Muassasah yang baru kali pertama menunaikan fardhu haji hanya akan membayar RM9980. Ia juga akan di nikmati oleh perayu yang berjaya memohon untuk kali pertama.

Keutamaan pemilihan perayu adalah bagi mereka yang membuat rayuan mahram, lanjut usia serta pembantu lanjut usia dan mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa menangguh pemergian haji.

Dan juga di pertimbangan kepada mereka yang diberi giliran menunaikan haji pada tahun berikut 1442H / 2021M.

Satu usaha penambahbaikan, Tabung Haji telah memperkenalkan Borang Rayuan Haji yang seragam bagi mempertingkatkan proses rayuan haji bagi jemaah yang ingin menunaikan haji pada musim haji 1441H / 2020M ini.

Borang rayauan untuk menunaikan Fardhu Haji

Borang terkini rayuan haji

Muat turun Borang rayuan haji terkini :- Download Sini

Borang ini memberi ruang kepada sesiapa yang merayu dan jika terpilih, mereka boleh secara sukarela bersetuju untuk membayar penuh RM22,900 untuk tunai haji secara Muassasah.

Untuk tahun-tahun yang sebelum ini, Tabung Haji sudah pun memberi pilihan kepada jemaah haji Muassasah untuk membayar penuh. Jika mereka tidak memilih untuk membayar penuh bayaran haji RM 9,980 kekal.

Pendeposit yang ingin membuat rayuan haji boleh memuat turun borang rayuan haji di sini atau mendapatkannya di Pejabat Cawangan yang berdekatan. Manakala, borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan ke kaunter-kaunter 125 cawangan yang terdekat termasuk cawangan di UTC seluruh negara yang berhampiran.

Pihak TH akan mengeluarkan surat perakuan penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan tersebut dimasukkan ke dalam sistem TH untuk diproses.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rayuan haji, boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) kami di +603-6207 1919.

Sumber :- https://www.tabunghaji.gov.my/ms/bantuan-haji-rayuan-haji

Baca juga:- Senarai Kelengkapan Ibadah Haji dan Umrah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge