Sebelum kita bermula dengan Contoh Soalan Ujian Psikometrik – Pegawai Pertanian Gred G41 apa kata kita baca dahulu Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA.
Definisi Psikometrik
Ujian pikometrik bermaksud ujian yang mengukur tahap kebolehan seseorang untuk ‘perform’ di dalam bidang tugas yang diperlukan.Psikometrik akan menguji kebolehan dari segi kognitif,pengetahuan dan juga personaliti.
Selain daripada itu
Psikometrik jika mengikut kefahaman orang biasa biasa munkin hanya kepada teori atau logik.
Namun jika menurut istilahnya, Ia merupakan bidang kajian yang berkait dengan teori dan kaedah pengukuran pendidikan psikologi yang meliputi:-
- Pengetahuan
- Kemampuan
- Sikap
- Sifat keperibadian
Format Ujian Psikometrik SPA
Dalam format lama sewaktu semua seksyen A, B dan C digabungkan, calon yang memohon jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 perlu menjawab 143 soalan dalam masa 30 minit dalam seksyen ujian psikometrik.
Bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada Januari 2018 yang lepas pula mereka perlu menjawab 382 soalan psikometrik dalam tempoh masa 1 jam seperti yang telah ditetapkan.
Fuh kena laju jer menjawab. Soalan sebenarnya takdelah susah mana , tetapi soalan perangkap tetap ada.
TIPS MENJAWAB SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK
Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.
Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.
Siapa yang perlu mengambil ujian Psikometrik
Pelbagai jawatan SPA kini memerlukan anda menjawab seksyen Psikometrik.
Antaranya ialah;
- Pembantu Perawatan Kesihatan U11
- Pembantu Pendaftaran KP19
- Pembantu Arkib
- Penghantar Notis
- Pembantu Awam
- Pembantu Pegawai Latihan
- Pembantu Tadbir
- Pembantu Penilaian
- Pembantu Hal Ehwal Islam
- Jawatan Lain Gred 29 Ke Bawah
- Pegawai Pertanian Gred G41
(Jabatan Pertanian Malaysia)
(Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[Tarikh Peperiksaan : 21 Januari 2022]
Rujukan : Soalan Ujian Psikometrik – Pegawai Pertanian Gred G41
Pegawai Pertanian Gred G41
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kem/Jab: Kementerian/Jabatan Pertanian
| Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan |
| RM2,084 | RM9,551.00 | RM225.00 |
SYARAT LANTIKAN :
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,492.57).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
- Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pertanian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pertanian Gred G41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan
(b) had umur pelantikan:
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
DESKRIPSI TUGAS :
Merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti dan program Jabatan Pertanian dalam industri tanaman makanan. Memberi khidmat kepakaran teknikal pertanian kepada pelanggan melalui program pengembangan Jabatan.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik – Pegawai Pertanian Gred G41
Rujukan : Soalan Ujian Psikometrik – Pegawai Pertanian Gred G41
Baca juga :- Panduan peperiksaan PSSE Ujian Psikometrik – Contoh Soalan
Tips Lulus
- Anda perlu jawab semua soalan yang dikemukakan kepada anda dengan jujur yang berkait rapat dengan anda
- Sistem anda menolak permohonan anda jika sistem mengesan yang anda tidak jujur
- Sebagai contoh akan ada 2 atau 3 soalan yang lebih kurang sama dengan contoh soalan di atas. Sistem boleh menilai yang anda tidak jujur berdasarkan jawapan yang anda berikan itu.
- Perlu diingatkan setiap soalan yang dikemukakan tiada istilah jawapan yang salah atau jawapan yang betul. Yang ada hanyalah jawapan yang JUJUR
Contoh Soalan Ujian Psikometrik – Pegawai Pertanian Gred G41
1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
- Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah - Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa
kini.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju - Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk
menang.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah - Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah - Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21
tahun.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
- Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh
berjenaka.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah - Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju - Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju - Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah - Saya mudah berasa bosan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan rujukan Ujian Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.
Kenapa rujukan psikometrik ini amat disyorkan?
✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ 200 contoh soalan psikometrik
✓ Penerangan cara menjawab soalan agar tidak tersasar
✓ Kenali ‘perangkap’ ujian psikometrik
✓ Penjelasan tentang apa bakal menggagalkan anda
✓ Dan lain2 lagi.
Rujukan : Rujukan untuk Ujian SPiER / Psikometrik / SPIK
Semoga perkongsian Contoh Soalan Ujian Psikometrik – Pegawai Pertanian Gred G41 ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer & Twiter