Cara mengatasi tekanan air paip rendah boleh diatasi dengan berberapa cara. untuk mengatasinya anda boleh baca dari sini.
Salah satu masalah yang saya hadapi di rumah yang baru saya duduki adalah, tekanan air dibilik mandi tingkat atas tidak kuat. Kalau bilik air bawah ok je.
Tekanan air yang tidak kuat juga akan menyebabkan air kurang deras mengalir menyebabkan kita akan berada lebih lama lagi di bilik air.
Bagi saya apabila tekanan air tidak kuat jadinya saya akan tidak berasa puas. Solusi sementara tadah air dalam baldi dan cedok mengunakan gayung untuk merasa puas.
Tahu tak anda, tekanan air dirumah yang paling sesuai adalah diamtara 40PSI hingga ke 50PSI.
Terdapat pelbagai punca mengapa tekanan air menjadi rendah antaranya:
1) Penggunaan paip kecil dan dikongsi dengan saluran lain.
2) Kedudukan tangki kurang tinggi dari aras bilik air.
3) Tangki yang rendah di mana tekanan air menjadi kurang.
4) Paip lama yang terkumpul kotoran/karat.
5) Tiada airflow pada saluran yang menyekat air bergerak.
Paling terasa apabila anda mengunakan shower lebih-lebih lagi jika guna water heater. RAsa tak puas lagi memuncak.
Okeh berbalik kepada cara mengatasi tekanan air yang tidak kuat ,tidak cukup deras.
Pertama anda boleh sahaja memasang pump elektrik. Anda pasang pump tersebut pada pangkal paip selepas tangki air.
Config paip air yang sudah siap dipasang. Paip air ini dipasang pada paip air masuk selepas meter.
Kebiasaannya pump ini akan berfungsi apabila ada pengaliran air berlaku. Maksudnya apabila paip air dibuka pump akan berjalan untuk meningkatkan arus tekanan air kecabang paip air yang dibuka valve nya.
Salah satu contoh water pump yang anda boleh gunakan adalah dari jenama JOVEN. Ini adalah antara cara mengatasi tekanan air paip rendah.
Survey water pump ini pada halaman Joven Automatic water Pump
Anda hanya perlu sediakan pendawaian dan anda berpengetahuan dalam kerja – kerja tukang paip.
Tetapi dari saya , Saya sarankan anda keluarkan sedikit upah untuk tukang paip memasangnya.
Anda hanya perlu pantau dan minta jaminan pemasangan nya ok . Yang lain anda tidak perlu risaukan itu sahaja.
Manakala Pilihan yang kedua ialah dengan mengubah sendiri sistem paip air anda.
Saya cadangkan anda buat direct dari meter. Dan Buat sedikit modifikasi supaya jika bekalan air tergangu anda masih boleh mengunakan air tangki.
Block diagram ini menunjukan bagaimana penyambungan paip harus dilakukan. Sengaja saya mengunakan dua hand valve pada bahagian outlet tangki walaupun saya sudah memasang check valve.
Fungsinya hanyalah sekadar perlindungan apabila berlaku kerosakan kepada check valve tersebut.
Check valve yang patut kita gunakan adalah dari Tembaga yang saya rasa lebih tahan lama dan tidak karat.
Anda boleh mendapatkanya dikedai – kedai hardware berhampiran anda. Ataupun anda boleh menyemaknya dari sini.
Apabila anda sudah selesai mengubah suai sistem paip anda , Berkemungkinan besar tekanan air dirumah anda akan sama derasnya , seperti singki dapur rumah anda.
Antara usaha meningkatkan tekanan air
Antara usaha lain, seperti disesuatu kawasan tersebut mengalami tekanan air rendah.
Report pada syarikat bekalan air. Harus dapat sokongan dari ketua Kampung dan wakil rakyat.
Adakan perbincangan antara penguna dan wakil syarikat.
Dan tindakan seterusnya dalam perbincangan tersebut.
Di bawah ini adalah antara solusi yang telah dilakukan pihak saj Runhill.
sumber dari Facebook Kampung admin.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
One thought on “Dua cara mengatasi tekanan air paip rendah”