Harga Model terkini bezza 2020

Harga Model terkini bezza 2020

Selain daripada saya nak menulis tentang harga model terkini bezza 2020. Saya juga ingin bercerita tentang masyarakat kita dan kereta.

8-1-2020 Syarikat automobil kedua Malaysia telah melancarkan model terbaru mereka Model sedan Bezza 2020.

Wow kalau perodua, saya kata memang ok. Kelisa tahun 2002 saya pun masih lagi gagah mengharungi jalan raya hingga.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata sejak tempahan dibuka pada 3 Januari lalu, Perodua Bezza menerima 2,000 tempahan.

“Secara keseluruhannya, kami menerima 10,000 tempahan yang mana 8,000 daripadanya adalah tempahan yang dibuat pada Disember untuk varian lama tetapi kami tetap akan menyerahkan Perodua Bezza 2020.

“Bagi Januari saja, PERODUA akan menyerahkan 5,600 unit Perodua Bezza 2020 kepada pelanggan yang mana penyerahan pertama bermula esok,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Perodua Bezza 2020

(https://www.bharian.com.my/bisnes/auto/2020/01/644992/perodua-bezza-2020-bermula-rm34580)

Harga Model terkini bezza 2020

Perodua Bezza 2020 yang ditawarkan pada harga bermula RM34,580 hingga RM49,980 seunit.

sumber. perodua.com

Baru berapa hari sahaja tempahan dan jadi 2000. Pastu ada lagi 10ribu. Anda lihat mana nak kata yang ekonomi tengah merundum.

Ramai lagi yang masih mampu beli kereta. Walaupun , hakikatnya poket layaknya hanya boleh pakai kereta second hand yang dijual sekitar bawah RM15ribu.

Nak kereta import murah dan berkualiti – Survey panduan kereta import

Ini memang realiti. Kekadang mereka yang beli akan merasa sakit poket untuk dua tiga bulan. Dan selepas itu mereka akan berasa seperti biasa.

Nasihatnya, boleh lah kerja kedua. Atau kena catu apa yang perlu atau apa yang tidak perlu.

Memang tidak dinafikan kenderaan memang sudah menjadi satu keperluan yang setiap rumah mesti ada.

Tetapi kalau dah tahu kereta itu yang anda bawa pergi kerja, bawa pergi balik kampung, bawa isteri kepasar, bawa ke surau, hantar anak kesekolah. Nasihat saya jangan lah sampai menguntungkan peniaga kedai aksesori kereta.

Pasang tinted, ok . kalau dah nak tambah itu tambah ini, pasang rim besar itu semua seperti melakukan pembaziran.

Jika kaya tidak apa. Kata pakar saham “tak hensem tak apa janji kaya”.

Jadi fikir – fikirkan lah.

p/s:-
Time beli nanti, jangan lupa ya minta macam – macam cenderahati dari juru jualnya.

Caranya anda pandai – pandai lah nak spin, seperti mereka spin cerita sewaktu nak jual kereta.

Baca juga:- 5 Tips Penjimatan Minyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge