Harga terkini kurma ajwah 2020

3
1340
Harga terkini kurma ajwah

Harga terkini kurma ajwah 2020

Sebelum saya bermula suka saya berkongsi petikan Dari sumber laman web rasmi pejabat pejabat mufti wilayah persekutuan.

Adapun Ajwah adalah merupakan salah satu jenis daripada jenis-jenis tamar (kurma).

Al-Jauhari telah menyatakan bahawa kurma Ajwah merupakan antara jenis kurma yang terbaik di Madinah. [Lihat : al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (36/284)]

Begitu juga Imam al-Nawawi menyatakan perkara yang sama iaitu Ajwah adalah daripada jenis kurma yang baik. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/3)]

Manakala Ibnu Hajar al-Asqalani pula menyatakan bahawa kurma Ajwah adalah kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah.

Kemudian, beliau menukilkan pendapat al-Dawudi yang menyatakan bahawa kurma Ajwah termasuk di dalam kategori kurma yang sederhana saiznya.

Dan Ibnu al-Athir pula menyatakan di dalam kitabnya al-Nihayah bahawa kurma Ajwah merupakan sejenis kurma daripada Madinah, saiznya lebih besar daripada kurma (al-Soyhani) dan warnanya kehitam-hitaman. [Lihat : Fath al-Bari (10/238), dan Mirqah al-Mafatih (7/2705)] .

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menyebutkan bahawa Ajwah Madinah adalah merupakan kurma yang paling bermanfaat di Tanah Hijaz secara umumnya, bentuknya baik, isinya padat dan kuat, termasuk antara kurma yang paling lazat l(sedap), lembut dan harum. [Lihat : al-Tibb al-Nabawi, hal. 258]

Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa kurma Ajwah adalah kurma yang terbaik dan paling lembut di Madinah, warnanya kehitam-hitaman, saiznya sederhana dan isinya padat.

Dan kurma ini adalah salah satu kurma kegemaran masyarakat kita.

Oleh itu apabila menjelang nya bulan Ramadan peningkatan permintaannya akan menjadi lebih banyak daripada bulan – bulan Yang lain.

Harga terkini kurma ajwah

Jika anda mahu survey Dan seterusnya membeli secara diatas talian. Tidak kiralah untuk diri sendiri atau sebagai hadiah untuk keluarga atau teman Anda boleh lah layari halaman jualan kurma ini.

Disini Ada pelbagai jenis dan harga yang boleh anda pilih mengikut cita rasa anda.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge