Jika tidak silap saya, Bermula dari penghujung 2019, Waktu pagi sekitar 7.30 pagi apabila saya melalui IPD Polis seri alam menuju kesimpang tiga menuju highway Pasir Gudang saya saksikan ramai orang melakukan aktiviti fizikal seperti berjogging atau bersenam.
Asalnya saya ingatkan mereka hanya tertumpu kepada tasik taman berhadapan IPD Seri Alam. Sangkaan saya meleset apabila ramai yang menuju kekawasan kuari yang berpalang.
Saya bertanya kepada rakan rakan apa yang ada didalam kawasan yang dahulunya pernah dicadangkan untuk dibina kawasan perumahan rakyat.
Rupa rupanya ramai daripada mereka melakukan aktiviti jungle traking, sama ada mereka akan naik ke kawasan berbukit atau mereka akan terus menuju kekawasan bekas kuari yang menghasilkan Tasik Tiga Beradik.
Perjalanan yang bermula daripada simpang tiga Jalan Pesisiran Seri Alam yang menuju ke IPD hingga Ke tasik Diangarkan 1 Jam untuk “Beginer”. Senang kata untuk orang yang agak obses dah lama tak bersenam. Jarak perjalanan 5KM.
Perjalanan awal melalui simpang tiga Jalan Bertar, Sehingga sampai kekawasan berbukit melalui Denai dusun Durian yang saya kira indah pandangan denai yang merimbun sehingga munkin ramai yang tidak perasan Dusun durian ada disebelah denai laluan pertama.
Laluan kedua pula adalah Ladang kelapa sawit yang saya angap sudah ditinggal lama, berdasarkan ketingian pokok kelapa sawit yang tinggi seperti pokok kelapa.
Laluan ini tidak ada peninjuk arah, tetapi jika anda pergi kesana pada hari cuti dan awal pagi ramai pengunjung Tasik tiga beradik Seri Alam yang akan bersama sama anda termasuk geng geng basikal.
Laluan kelapa sawit akan dilalui sehingga anda jumpa jalan raya, Jalan raya menuju kem tentera. sejujurnya saya tidak pernah lalu jalan tersebut namun maklumat yang saya dengar jalan raya tersebut dari plentong. Kalau tau memang drive sampai situ dan untuk sampai tasik diangarkan jalan kaki 5 minit atau kurang daripada itu.
Dan selebihnya itu sahaja yang saya mampu beritahu perjalanan menuju ke Tasik Tiga Beradik. Nasihat saya untuk pemula, jalan terus walaupun perlahan rehat apabila sudah sampai kedestinasi walaupun anda akan rasa penat berjalan naik bukit turun bukit.
Semoga perkongsian Jalan jalan Johor – Tasik tiga beradik Seri Alam. ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer & Twiter