Jimat Kos dengan Panduan pendawaian ringkas – 1HP Gree Aircond

Jimat kos untuk pasang aircond

Sebelum berkira – kira untuk memasang sebuah unit penghawa dingin apa kata kita baca dahulu tentang cara Jimat Kos dengan Panduan pendawaian ringkas – 1HP Gree Aircond.

Panduan pendawaian ringkas untuk penyaman udara yang boleh anda lakukan sebagai pengurangan kos.

Langkah utama untuk mengurangkan kos pemasangan penghawa dingin.

Anda perlu menyediakan pendawaian elektrik untuk point socket outlet anda.

Point ini yang diperlukan bukanlah dari jenis pendawaian conseal , Tetapi cukuplah sekadar pendawaian mengunakan PVC casing berwarna putih.

Antara bahan yang anda perlukan dalam pendawaian ringkas ini adalah seperti : –

  • 1 inchi PVC Casing
  • Double side tape (3M)
  • Wire 2.5mm lebih baik 4mm (Red,green,black)
  • MCB 1pole 20A
  • Suis Heater / Switch socket outlet
  • Pvc Wall plug

Alatan tangan :-

  • Screw Driver (+)
  • Cutter wire
  • Gunting
  • Hand Drill

Okeh sebelum bermula kita lihat dulu gambar rajah pendawaian elektrik dibawah ini.

Jimat Kos dengan Panduan pendawaian ringkas penyaman udara

Ops sebelum terlupa. ingin saya nyatakan disini.
Panduan ini untuk juruteknik elektrik yang memahami kaedah sebenarnya.

Pemilik blog tidak akan sama sekali bertangung jawab atas risiko kerosakan , kerugian pembaca yang mengunakan kaedah ini.

Untuk anda yang faham kaedah pemasangan elektrik ini anda sememangnya sudah boleh bermula dengan memastikan lokasi pemasangan penghawa dingin anda.

Jika boleh minimakan pemasangan casing dengan membuat laluan wayer diatas siling kediaman anda .

Dan apabila anda sudah memastikan lokasi yang sesuai . Anda bolehlah menampal casing dengan double side tape bagi tujuan laluan wire.

Selepas itu barulah kita mula menjalan kan wire mengikut laluan yang telah kita tetapkan. Disini anda boleh untuk memilih untuk mengunakan suis atau terus sahaja mengunakan suis socket outlet.

Dari saya lebih elok mengunakan pendawaian yang ada mengunakan suios , supaya anda boleh memastikan penyaman udara anda benar – benar telah dimatikan suisnya.

Contoh gamabr rajah seperti dibawah ini..

Anda hanya perlu follow sahaja mengikut block diagaram yang ini.

Oh kenapa saya mengunakan double side tape untuk melekatkan casing. Saya tidak mengunakan paku kerana saya nak mudah . dan mustahil saya akan mengusik casing tersebut.

Tetapi syarat utama perlu mengunakan double side tape 3M yang kuat supaya tidak tertangal. Dan pastikan kawasan tersebut tidak terlalu panas atau terdedah kepada sinaran matahari yang kuat.

Nak tahan lagi, bubuh supa glue untuk lebih tahan lama.

Jika tidak anda perlu mengunakan paku yang saya rasa leceh dan berkemungkinan dinding rumah kita tidak solid. Ataupun apabila anda ketuk sahaja ia akan berderai.

Jika anda tidak punyai drill untuk memasang suis , anda boleh membiarkan sahaja dan minta kontraktor aircond memasangnya dengan senyuman berbunga.

Tahu tak anda kos pemasangan penyaman udara adalah dalam lingkungan RM250 tanpa pendawaian untuk Aircond 1HP.

Gree Aircond LOMO-9N R410 1.0HP Non-Inverter GWC09QB

Jimat Kos dengan Panduan pendawaian ringkas - 1HP Gree Aircond

Special Features :
• Quiet
• Fast cooling & Eco-friendly
• Generate active ions which can eliminate 90% of bacteria, viruses and dusts
• Cold plasma and Golden Fin
• Auto clean and Turbo Function
• 2 year full warranty,6 year warranty on Compressor
• LED display and Timer
• Comfortable Sleep Curves
• I Feel, 1W Standby, Self-diagnosis

Untuk maklumat lanjut layari LAZADA / SHOPEE

Baca juga :- Senarai jenama aircond telaris di Malaysia

Semoga perkongsian Jimat Kos dengan Panduan pendawaian ringkas penyaman udara ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer & Twiter

Baca juga – Panduan penjimatan beli aircond dengan ansuran mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge