Jom ketahui Berapa sebenarnya Modal Nak Start Bisnes Air

0
14

Pernah tak anda terbaca dekat mana- mana post di Media sosialtentang seorang brader yang memperoleh untung lebih RM7,000 dengan hanya berniaga air jus buah-buahan di bazar ramadhan.

Mesti anda tertanya – tanya berapa agaknya kos yang dikeluarkan oleh brader tersebut untuk memulakan perniagaan beliau.

Baiklah, untuk tidak menghampakan, disini saya kongsikan anggaran kos secara kasar untuk memulakan perniagaan air balang!

ANGGARAN KOS PERMULAAN! Modal Nak Start Bisnes Air.

Berikut adalah anggaran kasar kos untuk memulakan bisnes air balang..

  • 1 unit kanopi 10 x10 : RM150
  • 1 set meja pasar malam : RM100 (maksima)
  • 3-4 balang air : RM120-130 (per balang)
  • 2 kerusi : RM 10-RM20
  • 1 alas meja : RM30-RM40
  • 1 senduk air gula: RM10 (maksima)
  • 1 unit bekas duit : Guna tin milo/susu/Tupperware-percuma
  • 1 unit bekas air gula: RM5-10
  • 1 pek plastik bungkus Air 7×10 atau 8×12: RM4 – 8(Per pack )
  • Tali pengikat air/Getah pengikat: (RM5)
  • 4 senduk/penceduk air balang: (RM6-10 per unit/free jika beli sekali dengan balang)
  • 1 dozen Straw: RM 5-6
  • Plastik bungkus (untuk pelanggan bawa air yang telah dibeli)

Jumlah keseluruhan untuk kos pemulaan adalah sekitar RM1,000

Modal Nak Start Bisnes Air


BERAPA PULA MODAL HARIAN?


Kos untuk membeli bahan-bahan membuat air seperti buah-buahan dan kiub ais adalah sekitar RM20 bagi setiap balang. Ianya bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual!

Kalau jual air soya.. modal tak sampai RM10.

POTENSI JUALAN & UNTUNG?
Katakan anda jual 5 balang air = modal harian sekitar RM100 sehari.

Setiap balang air yang bersaiz 33 liter, boleh dapat 27 bungkus air. Dan setiap bungkus dijual dengan harga RM3.

Jadi, jualan sehari.. RM3 X 27 bungkus X 5 balang = RM405

Tolak modal harian… RM405 – RM100 = RM305

Sekarang.. darab pula dengan 25 hari berniaga di bazar (lagi 5 hari sebab malas / nak balik kampung atau hari hujan)…

RM305 X 25hari = RM7,625

UNTUNG = RM7,000 beb sebulan!

Nak info dan maklumat lanjut anda boleh layari Bisnesair.com…

Semoga perkongsian Jom ketahui Berapa sebenarnya Modal Nak Start Bisnes Air ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge