Mari kita Bakar Lemak Dengan Ilmu

Hola kecanduan COC semakin menular , sehingga rakan sekerja wanita mula membina perkampungan maya.

Walau pun kita sibuk dengan aktiviti seharian ditambah pula dengan kegiatan maya aktiviti kecergasan , jangan pula ditingalkan.

Sesekali pergi lah buat senaman ditaman, atau jika mahu lebih feel pergilah kepusat kecergasan. Dengan basikalnya dicampur dengan alat beban pasti mengasyikan.

Namun apabila anda melakukan aktiviti fizikal anda perlu ingat apa tujuan anda yang sebenarnya. Anda mahu kurus atau sengaja mahu sihat dan cergas.

Jika anda mahu kurus , sudah tentunya anda perlukan ilmu untuk kurus supaya usaha anda tidak sia – sia.

Indeks Bacaan Kecergasan Melalui Aplikasi Telefon Pintar

Seperti Mitos dibawah ini yang menyatakan –

Sit Up boleh mengempiskan perut

Fakta

Sit Up sebahagian daripada latihan perut. Latihan perut adalah sebahagian daripada latihan bebanan.

Latihan bebanan adalah sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Untuk mendapatkan perut idaman bukan sit up semata2..

Sit Up hanyalah sebahagian daripada proses.

Ramai yg buat Sit Up beratus ratus kali setiap hari..

Namun hasilnya tongkeng yg sakit sedangkan bayang2 perut idaman tak muncul juga…

Betul tak???
Mesti ramai melalui pengalaman begini…

Secara ringkasnya untuk mendapatkan perut idaman anda perlu mengatur kembali pola permakanan anda dahulu.

Perlu tahu berapa keperluan kalori harian mengikut berat badan, jantina, umur, tinggi dan aktiviti senaman.

Anda Boleh Rujuk Diet Atkin

Makan lebih dari keperluan harian ( DCR) bertambah laa berat.. seterusnya bertambah juga lilitan di perut anda..
Walaupun anda buat Sit Up hari-hari…

Seterusnya perlu gabungkan antara latihan bebanan di gym dan juga latihan kardiovaskular.

Jangan terlalu ghairah melakukan senaman 7x seminggu dgn harapan perut idaman akan muncul..
Ia akan mengakibatkan “Overtrain”

Rehat hukumnya wajib.
Dapatkan tidur yg berkualiti.
Ingat.. Proses baik pulih otot hanya berlaku semasa kita tidur.

Tiada ubat yg paling mujarab untuk keluarkan Otot perut anda selain daripada Ilmu.

#### Jika anda tidak percaya ####

Cuba perhatikan pada label ubat kurus anda.

Ada tak diberitahu anda perlu makan ubat tersebut diikuti dengan diet dan senaman??

Jadi apa maksudnya?

Itu hak anda sebagai pengguna untuk membeli.

Nasihat saya

Dapatkan Ilmu Untuk kurus

Seperti yang diajar oleh Saudara Hafiz Waza dengan panduan nya
Bakar lemak Dengan Pantas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge