Sumber Dari jakim
Majlis khatam al-Qur’an ialah satu majlis yang mulia dalam Islam. Majlis ini dilakukan oleh umat Islam setelah mereka tamat membaca al-Qur’an.
Umat Islam biasanya mengadakan majlis khatam al-Qur’an di akhir bulan Ramadhan. Ini kerana setiap kali menjelangnya bulan ramadhan umat Islam akan mula membaca al-Qur’an secara beramai-ramai atau secara individu.
Kelebihan khatam al-Qur’an ini telah ditekankan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadisnya yang bermaksud:
“Sebaik-baik amalan adalah selesai dan meneruskan. Rasulullah s.a.w. ditanya, Apakah keduanya itu? Baginda menjawab; Mula membaca al-Qur’an dan meneruskannya (mengkhatamkannya)“.
Doa yang paling mustajab ialah ketika berkhatam al-Qur’an (Hadis riwayat al-Hakim bin ‘Atibah).
Majlis khatam al-Qur’an biasanya diadakan pada 27 Ramadhan. Ini kerana malam tersebut yang mendapat keberkatan Allah.
Sumber ilmu : –
- Baca Surah Mulk, Yasin, Sajadah & surah-surah lazim dengan tajwid lebih tepat
- Berani Baca Al-Quran
- Buku Mudahnya Ngaji Tajwid
- Buku 56 Soaljawab
- DVD Pakej Inspirasi Qurani
Khaifiat (Cara) Khatam Al-Qur’an
Dalam masyarakat Islam di Malaysia, biasanya majlis Khatam Al-Qur’an ini diketuai oleh seorang Tuan Guru atau Imam. Tuan Guru atau Imam inilah yang memulakan bacaan-bacaan yang perlu dalam majlis ini. Berikut adalah susunan surah-surah yang dibaca semasa majlis Khatam Al-Qur’an.
1. Baca beramai-ramai
2. Baca beramai-ramai
3. Baca beramai-ramai
4. Baca beramai-ramai
5. Baca ramai-ramai
6. Baca ramai-ramai
7. Baca ramai-ramai
8. Baca ramai-ramai
9. Baca ramai-ramai
10. Baca ramai-ramai
11. Baca ramai-ramai
12. Baca ramai-ramai
13. Baca ramai-ramai
14. Baca ramai-ramai
15. Baca ramai-ramai
16. Baca ramai-ramai
17. Baca ramai-ramai
18. Baca ramai-ramai
19. Baca ramai-ramai
20. Baca ramai-ramai
21. Baca ramai-ramai
22. Baca ramai-ramai
23. Baca ramai-ramai
24. Baca ramai-ramai
25. Baca ramai-ramai
26. Baca ramai-ramai
27. Baca ramai-ramai
28. Baca ramai-ramai
29. Baca ramai-ramai
30. Baca ramai-ramai
31. Baca ramai-ramai
32. Baca ramai-ramai
33. Baca beramai-ramai
34. Baca beramai-ramai
35. Baca beramai-ramai
36. Baca beramai-ramai
37. Baca beramai-ramai
38. Baca beramai-ramai
39. Baca beramai-ramai
40. Baca beramai-ramai
41. Baca beramai-ramai
42. Baca beramai-ramai
43. Baca beramai-ramai
44. Baca beramai-ramai
45. Baca beramai-ramai
46. Baca beramai-ramai
47. Baca beramai-ramai
Doa Khatam Al-Qur’an
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang-orang bertakwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Penerima Taubat lagi mengasihani. Tunjuki dan bimbingilah kami kepada kebenaran dan jalan yang lurus dengan berkat al-Qur’an. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Qur’an, dan jadikanlah sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat kepada kami. Ya Allah, ingatkanlah kepada kami apa yang telah kami lupa dari al-Qur’an, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Qur’an, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Qur’an itu sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan Pemelihara sekalian alam.
Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Qur’an, muliakanlah kami dengan kemuliaan al-Qur’an, serikanlah kami dengan ketinggian martabat al-Qur’an, dan pakaikan kami dengan pakaian permata al-Qur’an. Masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Qur’an. Selamatkan kami dari segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan al-Qur’an.
Ya Allah, jadikanlah al-Qur’an semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah al-Qur’an untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.
Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Qur’an. Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Qur’an. Tinggikanlah darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan al-Qur’an, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Qur’an. Ya Allah, Tuhan yang Mempunyai segala macam kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.
Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci tuhanmu, Tuhan yang mempunyai Keagungan dan Kekuasaan dan apa yang mereka katakan dan salam sejahtera kepada sekalian rasul. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir seluruh alam.
Jom lihat bacaan ilmiah terkini
Semoga perkongsian Majlis Khatam Al-Quran ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai page onlajer,