Impian anda untuk lulus dan seterusnya menjawat jawatan kerajaan.
Antara kerjaya kerajaan yang dikira mudah untuk menyandangnya ialah menjadi askar.
Namun bergitu walaupun mudah anda harus mempunyai kesehatan yang terbaik, tidak rabun, tidak pendek, munkin kalau gemuk pun rasanya susah kerana ia akan ditapis.
Jadi ia juga menjadi satu halangan untuk anda menjawat jawatan awam.
Gila juga nak menjawat jawatan awam kena lulus peperiksaan online.
Selepas itu barulah anda disaring dengan pangilan temu duga.
Jeng, jeng , jeng.
Panduan Lulus temuduga kerajaan
Waktu temuduga ini orang kata, anda perlu menujuk kan watak terbaik, alim malah semut pun anda tidak akan pijak..
Watak yang ceria, suka membantu atau ringan tulang pasti akan dapat markah serba sedikit.
Namun bergitu etika berpakaian harus dijaga .
Jangan pula berpakain seperti hendak kepasar malam.
Kena kacak dan jelita. Tunjukan kemanchoan dan keayuan anda dekat tukang temuduga.
Penampilan anda melambangkan keperibadfian anda.
Itu adalah antara tips yang saya ingat. Tetapi tahukah anda sekarang, Penemuduga memang banyak songeh.
Mereka akan tapis anda secara detail, supaya pilihan mereka tepat.
Setakat doa qunut yang mereka uji, adalah sekadar mereka ingin tahu anda solat atau tidak. Dan munkin juga mereka ingin tahu sama ada anda bangun awal.
Dari situ juga mereka tahu , Adakah anda ini orang yang menjaga waktu.
Jangan lupa juga , Banyak kan pembacaan tentang isu – isu semasa.
Walaupun pastinya penemuduga tidak akan membicara tentang politik.
Buat kajian tentang diri anda sendiri.
Apa kelebihan yang anda ada berbanding dengan calon lain.
Ceritakan serba sedikit kemampuan yang anda ada. Kemampuan yang boleh diguna pakai untuk kemajuan bahaian yang anda pohon.
Haha sudah semestinya anda pelu buat ulang kaji tentang jawatan yang anda pohon ini.
Mengetahui serba sedikit tugas yang perlu anda buat .
Jadi keberangkalian untuk anda lulus temuduga mempengaruhi berberapa faktor.
Dan jika memang rezeki anda, munkin dengan hanya berberapa soalan ringkas anda sudah dikira lulus.
Layari juga halaman Panduan Lulus temuduga kerajaan .
Sedikit tips
Tingkah laku semasa temuduga
1. Usah gentar semasa masuk ke bilik temuduga. Buat seperti biasa dan beri ucap salam pagi atau tengahari atau petang. Ini penting bagi menghilangkan rasa gemuruh dan mewujudkan suasana mesra di antara anda dan penemuduga.
2. Jangan hulurkan tangan untuk berjabat tangan selagi penemuduga tidak bergerak terlebih dahulu.
3. Duduk hanya apabila disuruh. Selepas anda diarahkan untuk berbuat demikian, ucapkan terima kasih dan duduk dengan postur yang baik dan badan yang tegak.
4. Elakkan daripada meletak barang-barang atau tangan atau siku anda pada meja penemuduga.
5. Biarkan kedudukan kerusi yang disediakan, usah alihkannya.
6. Pastikan kaki anda berada dalam keadaan statik. Jangan goyangkannya atau menggerakkannya ke sana sini.
7. Tunggu penemuduga memulakan sesi temuduga, jangan anda yang memulakan.
8. Bertenang dan jawab soalan-soalan yang diajukan tanpa gopoh-gapah. Jawab dengan jelas dan mudah didengar. Gunakan bahasa yang sopan ketika menjawab.
9. Bercakap sambil memandang ke wajah penemuduga. Jika lebih dari seorang, arahkan jawapan-jawapan anda kepada ketua panel.
10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada panel penemuduga sebagai tanda hormat.
11. Ketika mereka bercakap, jangan sesekali menyampuk dan bertengkar dengan mereka.
12. Jangan mengunyah apa-apa semasa sesi temuduga sedang berjalan.
Kaedah penilaian temuduga
Berikut ialah kadar penilaian yang diberikan semasa temuduga iaitu :
– Amat baik
– Baik
– Sederhana
– Lemah
– Catitan
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Panduan Lulus temuduga kerajaan. anda boleh juga melayari website Rahsia lulus temuduga sekarang untuk mendapatkan tips – tips dan rahsia untuk senang lulus temuduga.