Seminar saham DDNK Betulkah kita ini gila kan dunia.

0
291

Seminar saham DDNK Betulkah kita ini gila kan dunia.

7-3-2020 satu detik dimana saya dan rakan sekerja saya memberanikan diri untuk menghadiri seminar saham.

Hahaha satu benda yang saya tidak pasti berbaloi atau tidak, namun atas alasan menuntut ilmu, saya pergi juga.

Gila juga rasanya, dengan keadaan diri masih tak fully recover akibat demam URTI. (Upper respiratory tract infection)

Kawan gagah juga pergi. Pakai juga baju tebal – tebal takut sejuk .

Umpama kambing yang takutkan air sejuk,.

Kali pertama saya lihat manusia berduyun tiba, tak kira tua, muda laki perempuan sama sahaja.

semua nak tahu apa rahsianya.

Rupanya tiada rahsia hanya siapa yang berani melabur, mengeluarkan modal untuk belajar maka akan ada hasilnya.

Demm. tiada ilmu percuma rupanya. Nama pun seminar. Ia hanyalah sekadar teaser supaya orang yang betul – betul mahukan kejayaan mengambil langkah seterusnya.

Jika mahu ilmu percuma, rajin – rajin lah pergi kuliah dekat surau dan masjid berhampiran selepas maghrib dan subuh.

Hari ini hanyalah langkah pertama untuk anda mengenal apa itu saham, Buka lah akauan CDS dengan bermodal RM10.

Dengan rasa berkobar – kobar tak sampai habis saya dan rakan blah menuju warung tomyam perkena kue tiow hong.

Dan berharap lepas ini saya akan menjadi super trader yang disegani.

Ahak.

Seminar saham DDNK Betulkah kita ini gila kan dunia.

Okeh ini adalah pengalaman saya mengikuti seminar saham DDNK.

Ada yang kata , kalau pergi seminar saham ini anda akan berasa lucu disebabkan penerangan DDNK yang terlalu simple dan seperti tidak habis.

Namun saya rasa DDNK bukan nya mahu menipu.

Beliau kan hanya mahu menerangkan secara mudah apa yang patut kita buat untuk meningkatkan ekonomi kita.

Dan oleh kerana beliau dari bidang pengurusan kewangan dan saham , maka beliau sugest kan benda yang beliau faham dan mahir.

Untuk ilmu selanjutnya kita kena mengambil langkah seterusnya.

Sama ada mengikuti kelas anjuran beliau , mahupun yang lain.

Nak lagi murah pergi lah beli buku – buku tentang trading – Salah satunya ebook sistem saham.

Terbakar juga sifat kejantanan saya apabila mendengar tentang gegadis comel boleh buat duit USD30-50K semalam.

Tukang karang cerita ajaibpun google nak bagi USD1 punseperti kena banyak karang benda yang bukan -bukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge