Apa sebab nya anda membeli sebuah peralatan elektrik? Adaah disebabkan anda mahu mengunakanya . Atau sengaja untuk dijadikan koleksi dan lain kali kalau ada sesuatu keperluan untuk mengunakanya anda akan terus mengunakanya.
Jadi situasi ini sangat berbeza, kerana jika anda betul – betul perlu anda akan pasti membeli sesebuah peralatan elektrik yang terbaik mengikut budget anda.
Ada yang email saya untuk meminta pandangan sama ada berwayar atau tidak berwayar.
Jujurnya susah juga saya nak jawab soalan beliau ini. Bukan apa saya tidak tahu apa sebenarnya tujuan beliau mengunakan drill tersebut.
Jadi saya angap tujuan utama hanyalah menebuk lubang kecil di dinding supaya beliau boleh memasukan PVC wall plug bagi tujuan mengantung gambar ataupun bracket kayu langsir.
Jadi banyak saya rasa untuk tujuan pemilikan drill di rumah adalah untuk kerja – kerja ringan.
Pada saya cordless drill lebih baik, tapi kena ada jenama seperti bosch. Kalau yang biasa – biasa jer ambil lah watt yang besar sikit supaya nak tebuk batu pun senang.
Kalau setakat tebuk kayu beli jer harga yang murah – murah kerja siap sudah. Lain kali, kalau nak pakai, kalau masih ok pakai , tak ok buang.
Dan untuk itu tak perlu lah beli yang mahal – mahal. Beli sahaja Drill elektrik walaupun ia lebih murah tetapi dari segi jangka hayat , ia terbukti lebih tahan lama.
Jika anda ada budget dalam RM300 lebih boleh lah ambil cordless drill. Dari jenama yang terkenal seperti Bosch.
Anda boleh survey terus dari sini – Bosch Corless Drill