Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan
Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari
20221
. Ini adalah bertujuan untuk memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam
pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing. Penerima
sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat juga berpeluang membuat
pengemaskinian.
Secara keseluruhan, BKM pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta
penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta
penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR pada tahun 2021.
Bagi mengurangkan golongan yang tercicir (atau exclusion error), data berikut akan
dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut
syarat yang ditetapkan:
- Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021;
- Penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021;
- Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin;
- Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni
Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT,
Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal
berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan
penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang.
Rujuk gambar yang ada di posting.
Semak nama :- https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login
Permohonan Baru :- https://bkm.hasil.gov.my/PermohonanBKM.aspx
Semoga perkongsian Panduan memohon Bantuan Keluarga Malaysia 2022 ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer & Twiter