Panduan penjagaan alatan elektrik

1
3331
panduan bisnes homestay

Panduan membeli alatan elektrik yang berkualiti.

Kalau saya buat entri seperti ini dan seterusnya menjurus kepada perkongsian harga di laman – laman jualan web. Munkin akan ada yang mentertawakan saya. Kerana kemungkinan besarnya saya akan mempromosikan berberapa barangan dari kategori kemudahan asas . Seperti Mentol Led. Kipas angin siling atau dinding. Mahupun aircond yang jenamanya tidak popular.

Memang saya akui kebanyakanya barangan elektrik yang saya tulis diatas munkin dibuat di China. Tetapi sikap kita sendiri yang nak murah tapi nak tahan selamanya. Ia sama sekali tidak masuk akal. Anda patut sendiri menilainya dengan harga yang anda bayar.

Dan kebanyakanya barangan buatan china ini boleh juga dikategori boleh pakai. Seperti kipas angin siling , kipas berdiri mahupun kipas yang pasang tepi dinding.

Hanya anda sebagai penguna mahupun pengusaha perlu ambil peluang untuk minimakan kos pembelian alatan elektrik ini.

Pengusaha Homestay baca panduan dari sini…

Dengan membuat jadual “preventive maintenace” yang terataur kebanyakan alatan elektrik boleh tahan dengan lebih lama.

Contohnya seperti,

Kipas siling mesti kerap dibersihkan ,Lap habuk – habuk yang melekat pada bilah – bilah supaya motor kipas tidak terbeban. Habuk kalau dah melekat dan tebal pasti akan menurunkan prestasi kipas angin anda. Tak percaya cubalah .. Biarkan kipas anda berhabuk untuk berberapa bulan. Pasti anda akan merasa kelainanya.

Lagilah kalau anda membeli aircond yang berjenama dari china, kena rajin lah anda membersihkan blower didalam, dan sebulan dua pancit lah air dekat condensor ataupun unit luar. Beda boleh lakukan sendiri tak semestinya kena upahkan orang kan.

Dan untuk aksesori lain pandai – pandailah anda nak menjaganya. Peti sejuk atau mesin basuh kena lap, jangan biar daki bertepak lama – lama . nanti mudah karat. Alatan elektronik cabutlah plug nya , sekurangnya dap[at mencegah dari arus pintas mahupun renjatan elektrik dari kilat.

Apa yang saya tulis ini adalah serba sedikit dari penjagaan alatan elektrik anda., Anda boleh google atau search dekat page – page FB yang bercerita tentang alatan elektrik.

Pss.. Nak survey alatan elektrik harga terbaik – Lihat dari sini Boss..

Previous articleJenama kopi segera terbaik di pasaran
Next articleMacam mana nak mulakan penternakan kambing ya?
Blog onlajer telah mula bersiar pada tahun 2012. Blog ini asalnya banyak bercerita tentang nota pembelajaran elektrik fasa satu. Dari situ ia terus berkembang menjadi blog teknikal lifestyle yang jarang - jarang anda baca. Semoga perkongsian yang di muat naik blog onlajer dapat memberi manfaat kepada pembaca sekelian. Sebarang maklumat yang ada disini adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan penulis . Dan ada juga blog post yang diterbit mengandungi maklumat yang diambil dari laman web yang akan dinyatakan pada artikel tersebut. Sebarang maklumat yang diguna pakai adalah tertakluk kepada risiko anda sebagai pembaca.

1 COMMENT

  1. orang selalu mentertawakan barang2 made in china…tapi diorang tak tahu, memang china adalah pengeluar produk terbesar di dunia..sedangkan kalo berada di jepun pun, nak beli barang, bila tengok made in mana, mesti ada yang made in china jugak…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge