Sebelum kita bermula dengan Panduan Ujian Psikometrik – Contoh Soalan Terkini apa kata kita baca dahulu Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA
Definisi Psikometrik
Ujian pikometrik bermaksud ujian yang mengukur tahap kebolehan seseorang untuk ‘perform’ di dalam bidang tugas yang diperlukan.Psikometrik akan menguji kebolehan dari segi kognitif,pengetahuan dan juga personaliti.
Selain daripada itu
Psikometrik jika mengikut kefahaman orang biasa biasa munkin hanya kepada teori atau logik.
Namun jika menurut istilahnya, Ia merupakan bidang kajian yang berkait dengan teori dan kaedah pengukuran pendidikan psikologi yang meliputi:-
- Pengetahuan
- Kemampuan
- Sikap
- Sifat keperibadian
Format Ujian Psikometrik SPA
Dalam format lama sewaktu semua seksyen A, B dan C digabungkan, calon yang memohon jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 perlu menjawab 143 soalan dalam masa 30 minit dalam seksyen ujian psikometrik.
Bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 pada Januari 2018 yang lepas pula mereka perlu menjawab 382 soalan psikometrik dalam tempoh masa 1 jam seperti yang telah ditetapkan.
Fuh kena laju jer menjawab. Soalan sebenarnya takdelah susah mana , tetapi soalan perangkap tetap ada.
TIPS MENJAWAB SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK
Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda. Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.
Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.
Siapa yang perlu mengambil ujian Psikometrik
Pelbagai jawatan SPA kini memerlukan anda menjawab seksyen Psikometrik.
Antaranya ialah;
- Pembantu Perawatan Kesihatan U11
- Pembantu Pendaftaran KP19
- Pembantu Arkib
- Penghantar Notis
- Pembantu Awam
- Pembantu Pegawai Latihan
- Pembantu Tadbir
- Pembantu Penilaian
- Pembantu Hal Ehwal Islam
- Jawatan Lain Gred 29 Ke Bawah
Rujukan Terkini : Rujukan untuk Ujian SPiER / Psikometrik / SPIK
Senarai Penjadualan Penilaian
- Pemandu Kenderaan Gred H11
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[Tarikh PSEE : 14 November 2023]
Panduan peperiksaan PSSE Ujian Psikometrik
Rujukan : Rujukan untuk Ujian SPiER / Psikometrik / SPIK
Panduan Memastikan Kestabilan Capaian Internet Semasa Peperiksaan Online SPA
Panduan ringkas ini adalah bagi membantu calon di dalam persediaan menduduki
Peperiksaan Online SPA. Terdapat beberapa faktor utama yang dikenalpasti menyebabkan
gangguan terhadap capaian internet. Diantaranya adalah seperti berikut:
- Virus, Malware, Spyware
Sekiranya dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal
beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian
internet.
Pencegahan: Guna antivirus yang diyakini selamat. Sila scan komputer anda dan
pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini. - Browser (add on dan plugin terlalu banyak)
Sesetengah plugin atau add on adalah spyware. Ini boleh memudaratkan prestasi
kelajuan capaian ke internet komputer anda.
Pencegahan: Anda boleh menggunakan tetapan default setting bagi browser masingmasing. Contoh:
i. Internet Explorer: internet option > Advanced > Reset Internet
Explorer settings
ii. Chrome: Setting > Reset Settings
Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah
yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA. - Kuota Internet (Pengguna Broadband)
Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh
mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online
SPA.
Pencegahan: Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum
menduduki Peperiksaan Online SPA. - Windows Firewall
Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang
ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak
menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer
anda.
Pencegahan: Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian
internet yang sering digunakan. - Fungsi Auto Update Perisian
Banyak perisian sekarang yang mempunyai fungsi auto update dari internet secara
percuma mahupun berbayar. Proses ini boleh mengganggu prestasi kelajuan capaian
internet anda.
Pencegahan: Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda
gunakan supaya tidak autorun pada masa startup. Anda boleh menyemak semula
senarai service (dari administrative tools – dalam control panel) yang diprogramkan
untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut.
Semoga Berjaya
Rujukan : Rujukan untuk Ujian SPiER / Psikometrik / SPIK
Soalan Ujian Psikometrik – Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam
1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
Contoh lain
Untuk makluman calon kemasukan jawatan kerajaan yang bakal menduduki peperiksaan Psikometrik. Anda boleh dapatkan Panduan peperiksaan PSSE Ujian Psikometrik yang pihak kami keluarkan di bawah.
Rujukan : Rujukan untuk Ujian SPiER / Psikometrik / SPIK
Semoga perkongsian Panduan Ujian Psikometrik – Contoh Soalan Terkini ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer & Twiter