Pengalaman bercuti di M Suites Hotel Johor Bahru

Pengalaman bercuti di M Suites Hotel Johor Bahru

Okeh untuk penutup tahun 2019. kita buat lah percutian ringkas. Target dekat – dekat je lah. Untuk itu saya tulislah tentang pengalaman bercuti di M Suites Hotel Johor Bahru.

Setelah dikaji apa yang anak – anak mahu waktu cuti.

Salah satunya lepak – lepak dekat hotel.

Antara sebab nya. Ada aircond bersama wifi yang tidak dicatu.

Dan sesuka hati mereka dapat bermain air dengan riang nya.

Salah satu penyebab budak – budak zaman melinia suka sangat duduk hotel ada swiming pool.

Kanak – kanak bawah 90an, tidak perlu itu semua disebabkan masih banyak lagi parit, sungai.

Time ni, nak buat apa pergi – pergi cuti. Masih banyak port yang boleh kita mandi sesuka hati.

Perkataan WIFI pun tak pernah dengar ketika itu. Kalau lastik sama gasing tau ler. hahaha.

Pengalaman bercuti di M Suites Hotel Johor Bahru.

Okeh setelah saya khatam Panduan Terbaik Hotel, Barulah saya tahu macam mana nak dapatkan hotel yang cantik tapi dalam lingkungan budget.

Seperi biasa daftar masuk dalam sekitar pukul 2 petang. Penyambut tetamu dekat meja depan boleh dikatakanfriendly , sopan dan tak banyak songeh.

Apa yang perlu kertas booking, dan IC. Kalau dah bayar full takde pulak nak minta deposit.

Maklumlah hotel 3bbintang, dekat “fridge” bukan ada ratio pun.

Ayat biasa , parking macam mana, Kolam mandi tingkat berapa dan sarapan pagi mula pukul berapa. Kalau nak tambah orang kena bayar berapa.

RM28 sekepala. Fuh mahal rasanya jika tak banyak pilihan dan kalau dihidang dengan sosej murah. hahaha. Tapi apa adahal. Bercuti dekat daerah sendiri. Minyak tak seberapa, tol pun tak kena onlajer.

Keadaan bilik, memang luas, tapi gaya tahun awal 2000. memang tak berapa nak best sangat lah . tapi boleh dikata bersih juga.

Penunjuk kiblat ada. Sejadah kena minta. Extra bantal dan selimut boleh juga tak menjadi masalah. Minta sahaja. Kalau orang tempatan yang hantar hulur lah sekupang dua. Orang asing hang buat dek jer.

Kolam mandi, wow ada dua bahagian . Kolam yang dalam dan juga ada yang cetak untuk kanak – kanak dan ia memang luas.

Siap ada gelongsor memang puas lah budak – budak ni nak main air. dengan sebelah pool seperti ada cafe yang boleh kita makan – makan dan mendengar alunan muzik 90an.

Makan malam, tak perlu makan dekat hotel. Dekat Jay bee berlambak restoran . macam – macam ada tingal anda berselera apa. Kali ini kami memang berhajat nak kena mee tarik warisan. so kita drive 10minit lah ke Bandar Baru Uda.

Siaran Tv tak mengecewakan , mereka ada TV Malaysia, Chanel 5 singapore dan ada FOX Movie. layan movie sampai lebam. Dan wifi juga boleh dikira laju sesuai lah saya nak cari maklumat untuk menulis Pengalaman bercuti di M Suites Hotel Johor Bahru.

Baca juga – Pengalaman menginap di Regalia Suites Kuala Lumpur

One thought on “Pengalaman bercuti di M Suites Hotel Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge