Pengalaman pertama menaiki feri untuk ke Batam

Pengalaman menaiki feri untuk ke Batam.

Okeh belum sempat berehat – rehat dihujung minggu dirumah saya dan  isteri berpeluang merasai pengalaman menaiki feri ke tanah seberang. Kali ini kami tidak pergi jauh hanya di sekitar kepulauan riau , iaitu Batam.

Feri penumpang milik syarikat Singapura di pelabuhan Batam

Untuk kesana kami bersepakat untuk menaiki dari Stulang laut, walaupun ramai yang berkata melalui pelabuhan pasir gudang lebih dekat dan murah.

Tetapi oleh kerana partner rombongan saya berkeras hendak melalui Berjaya Waterfront atau dulunya dikenali sebagai The Zon.

Bermula se awal jam 7.15pagi hingga lewat petang jam 6.30 anda boleh menaiki feri ke batam dengan jarak  masa setiap keberangkatan 2jam untuk sesebuah feri berlayar. Manakala untuk balik ke stulang dari batam, mereka bermula seawal jam 6.30 pagi dan perjalanan akhirnya pada jam 5.45 petang waktu Indonisia.

Senarai harga tiket dan jadual waktu perjalanan

Perjalanan sehala memakan masa selama 2 jam ,Namun bergitu orang – orang yang dah biasa menaiki feri kesana berkata dahulu mereka hanya mengambil masa sejam setengah untuk sampai. Munkin disebabkan campur tangan antara Singapura  mereka tidak membenarkan feri melebihi had laju bagi mengelakan hakisan pantai di sepanjang perairan mereka.

Antara kemudahan feri selain bilik air dan penjualan minuman dan makanan ringan. Ada juga perkhidmtan petukaran wang Ringgit ke rupiah , Hanya rate dia agak mahal sedikit dari tempat petukaran wang di sekitar bandaraya Johor Bahru.

Semasa artikel ini ditulis  RPH10000 bersamaan dengan RM3.

Tips saya untuk anda berjimat , bawa sendiri makanan dan minuman ringan anda bagi tujuan alas perut.

Dan untuk hiburan feri stulang ini hanya menyediakan skrin pada dinding hadapan setiap bahagian , untuk hiburan maksimum dan keselesaan saya syorkan anda ambil tempat duduk di hadapan sekali disetiap bahagian.

Okeh la , macam naik bas jer hihihi

Kerusi yang disediakan adalah bersifat “siapa cepat dia dapat “ Namun bergitu usah khuatir mereka hanya mengeluarkan tiket mengikut jumlah tempat duduk yang disediakan.

Apabila naik ke feri anda perlu melihat di mana letaknya safety vest yang paling hampir dengan anda  bagi langkah berjaga – jaga.

Urusan kastam dan imigresen

HOT OFFER

Poket Wifi untuk akses internet  luar negara  – SEWA SINI  (Opsyen terkini bagi tujuan perhubungan).

Urusan kastam dan imigresen di Stulang  Laut  adalah seperti yang biasa kita lalui , sama sahaja seperti kita mahu keluar Negara.

Ada pemeriksaan Bag melalui scanner, pemeriksaan badan dan apa jua langkah keselamatan yang biasa kita lakukan semasa ingin menaiki kapal terbang.

Bezanya hanya anda perlu membawa bag laugage anda sendiri ke feri , tiada perkhidmatan istimewa. Beg besar anda akan anda letakkan sendiri ditempat yang disediakan oleh pihak pengurusan feri.

Anda masuk dan keluar anda perlu membawa nya sendiri. Hanya munkin apabila feri sudah sampai kedestinasi para pekerja akan tolong memungah dari kapal ke jeti bagi memudahkan anda. Itu sahaja.

okeh ini adalah antara Pengalaman menaiki feri untuk ke Batam saya.

HOT OFFER

IKLAN: Senarai Homestay Murah

One thought on “Pengalaman pertama menaiki feri untuk ke Batam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge