Peperiksaan Online Imigresen – Pegawai Imigresen Gred KP19

0
1245
Contoh soalan Exam PEGAWAI IMIGRESEN KP19

Sebelum kita bermula dengan PanduanPeperiksaan Online Imigresen – Pegawai Imigresen Gred KP19 ini jom kita baca Syarat Lantikan,Gaji dan Deskripsi Tugas untuk jawatan yang kita mohon

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00)
atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40)
atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)
d. dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

JADUAL GAJI
Gaji Minimum: RM1,360.00
Gaji Maksimum: RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00
 

DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab menjalankan tugas mengeluarkan pasport dan dokumen perjalanan, mengeluarkan visa, pas dan permit, mengawal selia pergerakan keluar masuk di pintu-pintu masuk yang diwartakan serta memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan jabatan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan imigresen bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara.

Jika anda calon yang akan menduduki Exam Pegawai Imigresen KP19.

Anda harus meneruskan pembacaan artikel ini. Semoga perkongsian maklumat disini dapat membantu serba sedikit persiapan anda nanti.

Menurut kajian, ramai yang gagal dalam exam SPA bukan disebabkan mereka tidak pandai tetapi mereka sebenarnya tidak faham dan tidak ambil peduli tentang Format Perperiksaan.

Saya berharap apabila anda membaca Nota exam pegawai imigresen anda akan mendapat gambaran untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

Senarai Penjadualan Peperiksaan

  • Pegawai Imigresen Gred KP19
    (Jabatan Imigresen Malaysia)
    (Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE))
    [Tarikh Peperiksaan : 7 April 2022, 12 April 2022 dan 14 April 2022]
    [Masa Peperiksaan : 2:00 petang – 3:00 petang]

Contoh soalan Exam PEGAWAI IMIGRESEN KP19

Peperiksaan Online Imigresen - Pegawai Imigresen Gred KP19

Exam ni dah diumumkan dan calon agak ramai. Sebab tu pihak SPA jadualkan exam ni untuk 3 sesi. Last sekali exam ni dijalankan adalah pada tahun 2020. Tak ada exam ni pada tahun 2021.

FORMAT

Exam kali ini ada 2 Seksyen penilaian sahaja. Bunyi macam lebih mudah. Tapi… jeng jeng jeng!Jumlah soalan dah sikit, tempoh masa dikekalkan. Ianya jauh lebih susah dan mengelirukan calon.

  • SEKSYEN A: Daya Menyelesaikan Masalah
    25 Minit
    10 Soalan
  • SEKSYEN B: Kefahaman Bahasa Inggeris
    20 Minit
    20 Soalan


Rujukan ini khusus untuk peperiksaan PEGAWAI IMIGRESEN KP19 untuk sesi peperiksaan 7,12,14 April 2022.
 
Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu.

Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam.

Lebih-lebih lagi untuk jawatan PEGAWAI IMIGRESEN KP19 ini.

Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan.

Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan tahun 2022 ini.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan.

Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain. Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan PEGAWAI IMIGRESEN KP19 ini.

Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini.

Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009 hingga sesi exam PALING LATEST SPA pada FEBRUARI 2020 lalu.
 
Nak Rujukan penuh Terus sahaja KE RujukanEXAM  PEGAWAI IMIGRESEN KP19

Contoh soalan Exam PEGAWAI IMIGRESEN KP19

Antara Contoh soalan yang disediakan seperti dibawah ini..

Nak Rujukan penuh Terus sahaja KE RujukanEXAM  PEGAWAI IMIGRESEN KP19

Semoga perkongsian Peperiksaan Online Imigresen – Pegawai Imigresen Gred KP19 ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram, https://t.me/kerjayacentral & Twiter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge