Kebanyakan oang ramai yang gagal menerima bayaran prihatin Nasional disebabkan pelbagai sebab.
Antaranya kerana maklumat yang diisi tidak lengkap.
Ada
juga yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan.
Namun begitu mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.
Ada juga antara yang
memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori pelajar.
Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak.
Ini antara sebab-sebab permohonan ditolak.
Namun begitu para pemohon yang mana permohonan mereka
tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula hari Isnin 11 Mei 2020, sehingga 31 Mei 2020.
Selain menghantar emel.
Kerajaan tidak berjanji semua rayuan boleh diluluskan.
Tetapi mana-
mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan.
Untuk info lanjut, anda boleh layari portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my
Semak sini untuk mengetahui status BPN anda https://bpn.hasil.gov.my
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Untuk lebih info Jom sertai Telegram onlajer, https://t.me/onlajer.
Baca Juga :- Cara keluarkan duit ASB melalui online
Moga tarikh yang di lanjutkan dapatlah sesiapa yang belum memohon dapat laksanakan…
Sis Lin recently posted…RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE YANG SEDAP!