Resepi bergedil burger daging mudah

Resepi bergedil burger daging yang sedap. Dengan hanya mengunakan bahan- bahan ringkas.

Okey resepi ini terhasil sewaktu perintah kawalan pergerakan. Covid19 hari ke20.

Waktu ini saya percaya ramai suri dan sura rumah telah menjadi chef berbakat.

Walaupun kebiasaanya selalu main Oder sahaja, hihihi.

Okey tanpa berlengah lagi jom lihat resepinya.

Bahan – bahan untuk bergedil burger.

Kentang – 4biji
Burger daging – 4@6 keping. ( Biasa dia orang pakai burger Ramly, kawan pakai daging burger murah- murah jer.) Sebab itu tak habis – habis.
Kiub Ayam – 1biji (nak kasi burger murah sedap.)
Tepung jagung 2 sudu makan
1biji bawang besar. (Cincang)
1 biji cili besar (cincang)
3biji bawang merah buat bawang goreng.
Lada sulah dan Garam secukup Rasa.

Cara – Cara menghasikan bergedil burger.

Rebus kentang yang dipotong empat sehingga empuk. Tumbuk dengan anak lesung hingga lumat.
Biarkan sejuk seketika.

Daging burger juga ditumbuk sehingga pecah – pecah.

Gaul semua bahan sehingga sebati.

Jadikan bulat- bulat leper kecil.

Dah siap rehat seketika atau simpan dalam fridge, supaya waktu goreng nanti tidak hancur .

Tapi untuk yang tidak sabar seperti saya.

Ambil 2 sudu tepung jagung bancuh dengan air.

Telur sebiji dikocok.

Celup dengan tepung jagung dan seterusnya pada telur yang telah dikocok.

Goreng dekat minyak yang banyak Dan cukup panas.

Hasilnya seperti gambar dibawah.

Marbles. Boleh makan bergitu sahaja. Atau dengan Soto, mahupun dijadikan lauk nasi putih.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge