Nasi ayam hainan salah satu juadah yang ringkas tetapi lazat.
Sesuai untuk dijadikan juadah makanan bersama keluarga mahupun sebagai juadah utama hari terbuka.
Dengan cara penyediaan yang mudah dan kos bahan tidak berapa tinggi, semua orang boleh memasaknya sendiri.
Jom kita lihat bahan dan cara penyediaanya yang dikongsi oleh syarikat kicap faizul.
Bahan-bahan nasi ayam:
Nasi Ayam (10 Orang Makan)
4 Cawan Beras Wangi/Biasa
4 Cawan air
4/5 Paha Ayam
1 bawang besar holland (Potong 4)
2 kiub pati ayam
3 inci halia (Potong halus)
2 sudu sos tiram
1 tangkai daun bawang
Cara penyediaan:
- Campur kesemua bahan. Ayam, bawang, daun bawang letak paling akhir antara kesemua bahan (di atas beras yang dimasak).
- Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup periuk. Guna rice cooker pon boleh.
- Ayam boleh dilumurkan dengan kicap Faizul atau ayam boleh goreng untuk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut kesukaan masing-masing.
Bahan-bahan Sos:
1.3 ulas Bawang putih ditumbuk
2.Sos Cili Faizul
3.Air
Cara penyediaan:
Bawang putih yang ditumbuk di gaulkan bersama sos Cili Faizul dan tambahkan air sedikit mengikut kesesuaian.
Kicap Nasi Ayam:
Hiasan:
- Tomato
- Salad
sedap dan simple je nampak resepi dia. Boleh cuba lain kali. Thanks for the sharing. ^^
Mudah dan nampak sedap, nanti bolehlah cubanyaa…
Sis Lin recently posted…PKPB KALI INI UJIAN BERAT BUAT SEMUA KITA RAKYAT MALAYSIA!