Resepi nasi ayam hainan Kicap Faizul

Nasi ayam hainan salah satu juadah yang ringkas tetapi lazat.

Sesuai untuk dijadikan juadah makanan bersama keluarga mahupun sebagai juadah utama hari terbuka.

Dengan cara penyediaan yang mudah dan kos bahan tidak berapa tinggi, semua orang boleh memasaknya sendiri.

Jom kita lihat bahan dan cara penyediaanya yang dikongsi oleh syarikat kicap faizul.

Bahan-bahan nasi ayam:
Nasi Ayam (10 Orang Makan)
4 Cawan Beras Wangi/Biasa
4 Cawan air
4/5 Paha Ayam
1 bawang besar holland (Potong 4)
2 kiub pati ayam
3 inci halia (Potong halus)
2 sudu sos tiram
1 tangkai daun bawang

Cara penyediaan:

  1. Campur kesemua bahan. Ayam, bawang, daun bawang letak paling akhir antara kesemua bahan (di atas beras yang dimasak).
  2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup periuk. Guna rice cooker pon boleh.
  3. Ayam boleh dilumurkan dengan kicap Faizul atau ayam boleh goreng untuk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut kesukaan masing-masing.
Jom masak nasi ayam hainan dengan Kicap Faizul

Bahan-bahan Sos:
1.3 ulas Bawang putih ditumbuk
2.Sos Cili Faizul
3.Air

Cara penyediaan:
Bawang putih yang ditumbuk di gaulkan bersama sos Cili Faizul dan tambahkan air sedikit mengikut kesesuaian.

Kicap Nasi Ayam:

  1. Kicap Lemak Manis Faizul

Hiasan:

  1. Tomato
  2. Salad

2 thoughts on “Resepi nasi ayam hainan Kicap Faizul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge