Sebenarnya dah lama sangat aku rancang nak buat benda ini , Buat Panduan Asas Autocad. Panduan yang dapat memudahkan korang belajar dengan sesenang yang mungkin.
Biasa kalau budak yang belajar dekat pusat kemahiran dan ambil bidang Cad Cam atau lukisan memang lah , dia orang akan rasa benda ini emudah kupas kulit kacang, Tapi kalau dah lama sangat tinggal pun boleh jadi macam kopek durian kampung yang baru gugur kebumi.
Jadi aku berharaplah ada panduan ini, sedikit banyak dapat refresh apa yang kau sudah lupa.
- Mari Belajar Asas AutoCad (Siri 1)
- Mari Belajar Asas AutoCad (Siri 1- rev1)
- Siri Belajar Asas Autocad siri Bulatan
- Cara Mencetak Dengan Autocad
- AUTOCAD 2010 ā Tutorial Tukar Background
- Sila Save Pada Versi Yang Terdahulu
Bonosnya panduan ini kalau dapat dekat budak āUā yang hanya belajar teori dan praktikal dua hari , rasanya ia akan menjadi bonus tambahan untuk korang yang belajar mekanikal atau elektrikal. Senang kata kalau kau cari kerja boleh lah tambah dekat resume , Software tambahan Autocad mesti mereka suka pasal majikan zaman sekarang suka yang Multi Skill dengan Gaji single SKIL.
Ok hari ini aku nak ajar dua je dulu EXTEND dan TRIM.
EXTEND
Garisan tidak cukup panjang dipanjang kan.
Arahan: EXTEND (x)
MASUKAN ARAHAN EXTEND DAN ENTER, KLIK KANAN PADA BULATAN DAN KLIK KIRI. KEMUDIAN KLIK KANAN PADA GARISAN, IA AKAN MEMANJANG DENGAN SENDIRINYA.
Atau cari pada Modify
KLIK KANAN PADA PERKATAAN EXTEND,KLIK KANAN PADA BULATAN DAN KLIK KIRI. KEMUDIAN KLIK KANAN PADA GARISAN, IA AKAN MEMANJANG DENGAN SENDIRINYA.
TRIM
Memotong garisan yang tidak diperlukan
Arahan: TRIM (tr)
MASUKAN ARAHAN TRIM DAN ENTER, KLIK KANAN PADA BULATAN DAN KLIK KIRI. KEMUDIAN KLIK KANAN PADA GARISAN, IA AKAN MEMOTONG DENGAN SENDIRINYA.
Atau cari pada Modify
KLIK KANAN PADA PERKATAAN TRIM, KLIK KANAN PADA BULATAN DAN KLIK KIRI. KEMUDIAN KLIK KANAN PADA GARISAN, IA AKAN MEMOTONG DENGAN SENDIRINYA.